Adakah Anda mempunyai perut yg BUNCIT seperti buah cempedak diluar pagar??anda janganlah berasa rendah diri..ketahuilah..zaman PENGHINAAN dan PENINDASAN jejaka jejaka perut buncit TELAH BERLALU..ya...IA TELAH BERLALU..Zaman ini..memiliki mempunyai PERUT BUNCIT seakan anda memiliki simpanan DI TABUNG HAJI dan pastinya ASB..apa??tiada kaitan??suka hati aku lah aku yg tulis..Menurut pakar Psikopuiikkfis kawasan rukun tetangga kg simpang 4..Dr Markonah..menyatakan hasil kajian beliau..mendapati PERATUS lamaran seseorang LELAKI diterima para bakal mertua adalah TINGGI iaitu 96.4% dari KDNK negara...oleh itu kpd para jejaka yg mpunyai perut buncit..jangan la anggap situasi ini adalah MASALAH tapi sebenarnya ia adalah HADIAH!!BERGEMBIRAALAAAAHHH~~~~~!!(Bergema)
Khamis, 28 Mei 2015
Selasa, 26 Mei 2015
Tanda tanda Wanita Jatuh Cinta
REPOST.TANDA2 SEORANG WANITA JATUH HATI KPD ANDA.(utk new fren).(Para jejaka diluar sana harus mengetahui fakta ini..tanpa ilmu ini ibarat hidup anda tidak lagi di sinari mentari pagi,hilanglah cahaya,tersesatlah anda dlm kegelapan,teraba raba hilang arah tujuan
1.status fb,wechat,twitter,instagram anda sentiasa mjadi perhatian si dia.dia akan melihat menyiasat semua gambar2 anda termasuklah post2 anda 18 tahun lalu.
2.si dia akan melompat kegembiraan spt hilang pedoman jika mendapat mesej dr anda.walaupun yg sebenarnya hanya notification anda like status fb@wechat dia.
3.jika si dia berdiri bhampiran anda..dia akan curi2 melihat anda sambil menguis nguis jari jemari kaki nya di simen tempat nya bpijak..
4.dia akan mengalami kemurungan hingga tahap boleh melempang majikan sendiri dan rakan sekerja jika dia tidak melihat anda dalam sehari
5.si dia akan save gambar anda di fb atau di wechat..dan menatapnya setiap malam sambil melayan lagu IM4U..kdg2 dia akan termimpi mimpi diri nya sedang bermain buaian di taman bunga bersama anda
6.apabila duduk berhadapan anda jika dia bertudung dia akan membetulkan tudungnya setiap 5 saat..bayangkan jika duduk selama 1jam brapa ribu kali kah dia akan mbetulkan tudungnya??anda kira lah sendiri..saya kesuntukan masa..krn mak saya menyuruh angkat kain di jemuran.jd saya perlu cepat habiskan artikel ini
7.gst tidak dikenakan kpd petrol dan diesel spt yg dibentangkan dalam bajet 2015 oleh...oh maafkan saya..tersilap masuk poin..krn saya kelam kabut menyiapkan artikel ini
8.apabila berbual dgn anda si dia sentiasa tersenyum walaupun anda sedang bercerita mengenai kucing anda mati malam semalam..
*itu sajalah perkongsian utk hari ini..jika anda mlihat tanda2 tersebut kpd seorg wanita anda kenali..percayalah dia sedang menaruh hati kpd anda dan ingin mjadikan anda sebagai suami yg membelikan make up dan maskara nya..uhhh..
Lagenda fountain of youth
Assalamualaikum semua. Baiklah, saya nak kongsikan sikit salah satu mitos yang mengikut ahli sejarahwan, ada yang menyatakan ia adalah mengarut, ada juga yang menyatakan ia benar-benar wujud. Wallahualam, Ok dah habis, sekian Assalamualakum. Kidding. Jom kita layan sekarang, ZASSSS!
Pernah tengok cite Pirates of Kari Bean atau Caribbean: A stranger tides. Alaa yang paling terbaru punya, tahun 2011 yang Orlando Bloom dan Kiera Knightly tak berlakon. Sapa yang tek pernah tengok atau dah lupa cerita tu, meh saya refreshkan balik untuk anda. C
erita tu mostly nak fokuskan dengan Fountain of Youth, alaa air yang seseiapa minum air dari fountain tu dia akan menjadi muda dan hidup selamanya. Sebenarnya, Cerita Fountain of Youth ni adalah mitos Yunani yang pernah diceritakan oleh Herodotus, seorang ahli falsafah tentang penemuan Fountain of youth ni, di mana sesiapa yang minum air tuh, dia akan dapat hidup selamanya dan menjadi muda. Benarkah ia wujud?
Mengikut berberapa ahli sejarahwan, mereka memberi pendapat bahawa Fountain of Youth ini BERKEMUNGKINAN wujud. Kerana, Herodotus adalah seorang ahli falsafah yang benar dan terkenal, tak akan beliau menipu? Selain itu juga, Beliau menyatakan dalam bukunya, Lokasinya di sebuah bandar Micropeans, di mana keluasan Fountain itu sebesar separuh Negara Amerika sekarang! Pergh, Fuyooo! Persoalannhya, di manakah Micropeans sekarang? J
Jawapannya, mengikut ahli kajian, Bandar Micropeans di tenggelami air ketika berlaku banjir besar Nabi Nuh A.S. dan kini lokasinya tidak diketahui di mana. tetapi berberapa ahli kajian mula membuat spekulasi kemungkinan Fountain of Youth lokasinya di kawasan segi tiga Bermuda!
Kerana mereka membaca berberapa manuskrip purba, ketika banjir besar itu berlaku, Bandar Micropeans ditenggelami air dan apabila air laut bertemu dengan air Fountain of Youth, ia menjadi sebuah pusaran air yang besar mengakibatkan langit menjadi seperti puting beliung yang besar. Mereka berpendapat, mengapa kapal terbang, Kapal melalui segi tiga Bermuda akan hilang tanpa dikesan, kerana mereka ditelan oleh pusaran yang menjaga Fountain Of Youth tuh. Ini hanyalah teori semata-mata, Wallahualam
Kewujudan tentang Fountain of Youth ni bukan sahaja diterangkan oleh buku Herodotus je, Beberapa manuskrip dari Alaxander the Great tentang kewujudan Fountain of youth, di mana beliau juga ingin mencari fountain of youth, tetapi gagal. Manuskrip dari Kristian Prester John yang memberitahu tentang kewujudan Fountain of Youth ini.
Lebih menarik ada kisah Manuskrip Arab lama yang menceritakan tentang Iskandar Zulkarnain dan Al-Khidir(orang yang soleh bertemu dengan nabi Musa A.S., ada pendapat kajian Islam menyatakan bahawa Al-Khidir ini adalah Nabi, ada juga yang menyatakan beliau adalah Wali. Wallahualam. Anda boleh membaca kisah Al-Khidir bertemu dengan Nabi Musa A.S. dalam Al-Quran.) Mereka ingin mencari fountain of youth, jadi Al-Khidir pergi ke bahagian barat dan Iskandar Zulkarnain akan bertolak ke bahagian timur, akhirnya Iskandar Zulkarnain gagal menemui fountain of youth dan akhirnya wafat. Al-Khidir pula menemui fountain of youth ini lalu meminumnya,
Mengikut pendapat kajian Islam. Al-Khidir masih hidup hingga kini dan gelarannya ialah "The Green man" kerana mengikut berberapa pendapat, Selepas Al-Khidir meminum air itu, beliau terus hidup di dalam hutan sehingga kini, menjaga Fountain of Youth tersebut. Adakah benar dakwaan ini? Wallahualam.
Disebabkan itu, pada abad ke-16, Juan Ponce De Leon membawa askarnya belayar ke arah barat ntuk mencari Fountain of Youth ini. Mengikut berberapa pendapat, beliau sampai di kawasan Florida, America untuk mencari fountain of youth tersebut. Sampai di kawasan bukit bukau di bahagia utara Florida, beliau bertempur dengan Red Indian di sana, di mana beliau di bunuh dengan anak panah menembusi dadanya.
Beliau gagal menemui Fountain of youth, tetapi beliau dikenali sebagai Wira, kerana usahanya untuk membongkarkan kebenaran adakah Fountain of Youth ni wujud atau tidak. Di Florida, ada sebuah Taman Arkeologi di mana kawasan itu adalah tempat di mana sebahagian dari Fountain of youth di temui. Tetapi sedihnya, ia sudah kering dan tak ada air. Jadi adakah benar, Fountain of youth ini wujud??
Jawapannya masih belum di pastikan, Wallahualam. Semua ini hanyalah teori dan berdasarkan cerita dan hikayat, tak pasti benar atau tidak, banyak misteri dunia yang kita belum dapat rungkaikan, Sekian itu sahaja dari saya, Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Fakta Kentut(buang angin)
1. Apakah penyebab kentut
Kentut disebabkan oleh udara terperangkap, yang boleh datang dari pelbagai sumber. Sesetengah daripadanya adalah udara yang kita telan atau pun makanan yang kita kunyah atau minum. Udara ini disebabkan oleh gas yang meresap ke dalam usus kita daripada darah kita. Dan ada juga gas yang terhasil oleh tindak balas kimia dalam usus atau bakteria yang hidup dalam perut. Kentut biasanya terdiri daripada kira-kira 59 peratus nitrogen, 21 peratus hidrogen, 9 peratus karbon dioksida, 7 peratus metana dan 4 peratus oksigen. Hanya kira-kira satu peratus daripada kentut mengandungi gas hidrogen sulfida dan sulfur....
2. Kenapa kentut berbau busuk
Sulfur adalah elemen yang membuat kentut berbau busuk. Kentut berbunyi kerana getaran rektum. Kekuatan bunyi ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada bagaimana kuatnya tekanan gas, serta kesempitan otot selepas usus anda. Lebih banyak sulfur dalam diet anda, lebih dahsyat kentut anda akan berbau. Sesetengah makanan mengandungi sulfur lebih daripada yang lain, itulah sebabnya makanan seperti petai, jering, keju, soda, dan telur boleh menyebabkan gas yang mampu mengerutkan dahi....
3. Purata seorang manusia normal kentut sebanyak 14 kali sehari
Rata-rata manusia menghasilkan kira-kira setengah liter kentut setiap hari. Walaupun ramai wanita tidak akan mengakuinya, wanita tetap kentut sekerap lelaki. Malah, satu kajian telah membuktikan bahawa apabila lelaki dan wanita makan makanan yang sama, wanita cenderung mempunyai gas yang lebih pekat berbanding lelaki. Jika seseorang itu kentut secara berterusan selama 6 tahun dan 9 bulan, mereka akan menghasilkan gas dengan tenaga bersamaan sebutir bom atom....
4. Kentut terpantas telah mencatatkan kelajuan 3 meter per saat
Walaupun kentut keluar dengan halaju yang berbeza-beza, kita biasanya menghidu baunya selama kira-kira 10-15 saat selepas itu. Ini adalah kerana ia mengambil yang lama untuk bau mencapai lubang hidung anda....
5. Menahan kentut tidak berbahaya kepada kesihatan anda
Doktor tidak bersetuju bahawa menahan kentut tidak baik untuk kesihatan. Sesetengah pakar berfikir bahawa kentut adalah sebahagian aktiviti semula jadi dalam sistem pencernaan anda, jadi menahannya tidak akan memudaratkan anda. Pendapat bahawa menahan dari kentut boleh menyebabkan kembung perut dan gejala tidak selesa yang lain adalah tidak tepat....
6. Bagi sesetengah budaya, melepaskan kentut di depan khalayak bukanlah masalah besar
Walaupun kebanyakan budaya merasakan bahawa kentut perlu dikendalikan dengan sopan, terdapat beberapa budaya yang bukan sahaja tidak kisah melepas di khalayak ramai, tetapi mereka benar-benar membudayakannya. Satu kaum etnik Indian di Amerika Selatan yang menggunakan kentut sebagai ucapan (Yanomami). Di China pula anda sebenarnya boleh mendapatkan pekerjaan sebagai penilai bau kentut professional. Di zaman Rom purba, Maharaja Claudius, berasa takut bahawa menahan kentut dalam upacara awam adalah tidak baik untuk kesihatan, maka beliau meluluskan undang-undang yang menyatakan bahawa ia boleh diterima untuk melepas angin sewaktu jamuan....
7. Gas kentut mudah terbakar
Seperti yang dinyatakan di atas, metana dan hidrogen dalam bakteria yang menghasilkan kentut membuat gas anda sangat mudah terbakar. Inilah sebabnya mengapa sesetengah orang berfikir ia adalah perkara menyeronokkan untuk menghasilkan nyalaan api dari kentut. Tindakan ini jelas sangat berbahaya....
8. Anai-anai menghasilkan paling banyak kentut berbanding haiwan lain
Adalah sukar untuk mempercayai bahawa anai-anai kecil bertanggungjawab untuk kebanyakan masalah pemanasan global di bumi. Anai-anai kentut lebih banyak dari mana-mana binatang lain, yang menghasilkan gas metana. Menurut Environmental Protection Agency, “pelepasan metana ke global oleh anai-anai dianggarkan antara 2 dan 22 Tg setahun, menjadikan mereka sumber semula jadi kedua terbesar pelepasan metana. Metana dihasilkan dalam anai-anai sebagai sebahagian daripada proses biasa pencernaan....
9. Jika anda menahan kentut, ianya akan keluar sewaktu anda tidur
Walaupun anda menahan kentut anda sepanjang hari, gas akan melepaskan diri sebaik sahaja anda berada dalam keadaan santai. Apa yang lebih santai daripada tidur?
10. Manusia masih kentut selepas mati
Berikut adalah bukti bahawa anda tidak boleh melarikan diri dari kentut, walaupun selepas mati! Sehingga tiga jam selepas badan itu mati, gas terus melepasi laluan dari kedua-dua hujung saluran penghadaman, menyebabkan berlakunya sendawa atau kentut. Fenomena ini adalah disebabkan oleh pengembangan dan pengecutan otot sejurus selepas mati....
11. Kemana perginya kentut jika ditahan atau tidak dikeluarkan?
Kentut tidak diserap darah dan tidak hilang dengan sendirinya. Kentut berpindah menuju ke bahagian atas menuju usus dan pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, cuma ditunda dari melihat dunia......