Selasa, 26 Mei 2015

Lagenda fountain of youth

Assalamualaikum semua. Baiklah, saya nak kongsikan sikit salah satu mitos yang mengikut ahli sejarahwan, ada yang menyatakan ia adalah mengarut, ada juga yang menyatakan ia benar-benar wujud. Wallahualam, Ok dah habis, sekian Assalamualakum. Kidding. Jom kita layan sekarang, ZASSSS!

Pernah tengok cite Pirates of Kari Bean atau Caribbean: A stranger tides. Alaa yang paling terbaru punya, tahun 2011 yang Orlando Bloom dan Kiera Knightly tak berlakon. Sapa yang tek pernah tengok atau dah lupa cerita tu, meh saya refreshkan balik untuk anda. C

erita tu mostly nak fokuskan dengan Fountain of Youth, alaa air yang seseiapa minum air dari fountain tu dia akan menjadi muda dan hidup selamanya. Sebenarnya, Cerita Fountain of Youth ni adalah mitos Yunani yang pernah diceritakan oleh Herodotus, seorang ahli falsafah tentang penemuan Fountain of youth ni, di mana sesiapa yang minum air tuh, dia akan dapat hidup selamanya dan menjadi muda. Benarkah ia wujud?

Mengikut berberapa ahli sejarahwan, mereka memberi pendapat bahawa Fountain of Youth ini BERKEMUNGKINAN wujud. Kerana, Herodotus adalah seorang ahli falsafah yang benar dan terkenal, tak akan beliau menipu? Selain itu juga, Beliau menyatakan dalam bukunya, Lokasinya di sebuah bandar Micropeans, di mana keluasan Fountain itu sebesar separuh Negara Amerika sekarang! Pergh, Fuyooo! Persoalannhya, di manakah Micropeans sekarang? J

Jawapannya, mengikut ahli kajian, Bandar Micropeans di tenggelami air ketika berlaku banjir besar Nabi Nuh A.S. dan kini lokasinya tidak diketahui di mana. tetapi berberapa ahli kajian mula membuat spekulasi kemungkinan Fountain of Youth lokasinya di kawasan segi tiga Bermuda!

Kerana mereka membaca berberapa manuskrip purba, ketika banjir besar itu berlaku, Bandar Micropeans ditenggelami air dan apabila air laut bertemu dengan air Fountain of Youth, ia menjadi sebuah pusaran air yang besar mengakibatkan langit menjadi seperti puting beliung yang besar. Mereka berpendapat, mengapa kapal terbang, Kapal melalui segi tiga Bermuda akan hilang tanpa dikesan, kerana mereka ditelan oleh pusaran yang menjaga Fountain Of Youth tuh. Ini hanyalah teori semata-mata, Wallahualam

Kewujudan tentang Fountain of Youth ni bukan sahaja diterangkan oleh buku Herodotus je, Beberapa manuskrip dari Alaxander the Great tentang kewujudan Fountain of youth, di mana beliau juga ingin mencari fountain of youth, tetapi gagal. Manuskrip dari Kristian Prester John yang memberitahu tentang kewujudan Fountain of Youth ini.

Lebih menarik ada kisah Manuskrip Arab lama yang menceritakan tentang Iskandar Zulkarnain dan Al-Khidir(orang yang soleh bertemu dengan nabi Musa A.S., ada pendapat kajian Islam menyatakan bahawa Al-Khidir ini adalah Nabi, ada juga yang menyatakan beliau adalah Wali. Wallahualam. Anda boleh membaca kisah Al-Khidir bertemu dengan Nabi Musa A.S. dalam Al-Quran.) Mereka ingin mencari fountain of youth, jadi Al-Khidir pergi ke bahagian barat dan Iskandar Zulkarnain akan bertolak ke bahagian timur, akhirnya Iskandar Zulkarnain gagal menemui fountain of youth dan akhirnya wafat. Al-Khidir pula menemui fountain of youth ini lalu meminumnya,

Mengikut pendapat kajian Islam. Al-Khidir masih hidup hingga kini dan gelarannya ialah "The Green man" kerana mengikut berberapa pendapat, Selepas Al-Khidir meminum air itu, beliau terus hidup di dalam hutan sehingga kini, menjaga Fountain of Youth tersebut. Adakah benar dakwaan ini? Wallahualam.

Disebabkan itu, pada abad ke-16, Juan Ponce De Leon membawa askarnya belayar ke arah barat ntuk mencari Fountain of Youth ini. Mengikut berberapa pendapat, beliau sampai di kawasan Florida, America untuk mencari fountain of youth tersebut. Sampai di kawasan bukit bukau di bahagia utara Florida, beliau bertempur dengan Red Indian di sana, di mana beliau di bunuh dengan anak panah menembusi dadanya.

Beliau gagal menemui Fountain of youth, tetapi beliau dikenali sebagai Wira, kerana usahanya untuk membongkarkan kebenaran adakah Fountain of Youth ni wujud atau tidak. Di Florida, ada sebuah Taman Arkeologi di mana kawasan itu adalah tempat di mana sebahagian dari Fountain of youth di temui. Tetapi sedihnya, ia sudah kering dan tak ada air. Jadi adakah benar, Fountain of youth ini wujud??

Jawapannya masih belum di pastikan, Wallahualam. Semua ini hanyalah teori dan berdasarkan cerita dan hikayat, tak pasti benar atau tidak, banyak misteri dunia yang kita belum dapat rungkaikan, Sekian itu sahaja dari saya, Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan