Ahad, 2 November 2014

Chapter2 Kerana sayang aku lepaskan

datuk yunus memanggil aku minum bersama dia di beranda halaman rumah.."malik,afiq dah berapa lama tak datang sini?".."agak lama juga datuk,tak tahu sebab apa,mungkin dia sibuk agaknya."...aku pura pura seakan tak tahu perhubungan afiq dan lina yang dah lama putus.."malik,secara peribadi,saya suka dengan awak,kerja awak,"..datuk mendiam kan diri..aku hanya mengganguk tanda faham.datuk yunus meneruskan katanya."malik tahukan hubungan lina dan afiq?..."ya datuk".."malik tahukan ayah afiq adalah rakan baik saya?"...aku seakan berat untuk menjawab.kerana aku dapat membayangkan apa yang datuk yunus ingin sampaikan..."malik,saya dan datin farida amat menyayangi lina,kami nak hidup dia sentiasa terjamin dan bahagia"...aku hanya tunduk mendengar..kopi yang aku teguk seakan makin lama makin pahit aku rasa kan."saya dan datuk karim bersahabat dah lama...kami bermula dari orang yang tiada apa apa hinggalah ke tempat sekarang..kami ingin meneruskan persahabatan kami sampai bila bila..kami nak melihat lina dan afiq dapat di satukan demi mengeratkan hubungan kami"..."malik saya ni da lewat usia..itu lah saja impian yang belum saya dapat kecapi"..aku memahami maksud datuk yunus..walaupun dia tak nyatakan secara langsung..tapi aku tahu yang aku tidak boleh teruskan hubungan aku dengan lina..seakan hari itu dunia aku kosong..aku tidak tahu berfikir apa apa.
keesokkan harinya..hari demi hari aku da mula menjauhkan diri dari lina..aku lebih banyak mendiam kan diri..aku sanggup menaiki bas meninggalkan motor dirumah..supaya lina tak boleh lagi mengajak aku keluar menaiki motorsikal..alasan aku ,motorsikal rosak.."malik kenapa dalam seminggu dua ni malik diam tak mahu layan lina??nak tengok muka lina pun macam mahu tak mahu je??sayang ada kekasih lain dah ke??"..aku hanya berdiam tersenyum tidak menjawab apa apa.hanya tunduk merenung kasut aku yang semakin lusuh."jom sayang kita keluar,dah lama kita tak keluar bersama,i dah rindu soto banjar di gerai tu,guna kereta saya ya"...aku bingkas bangun menjawab"maaf lina,saya tak boleh tinggalkan tugas,datuk dah pesan dengan saya".."tu saya yang tanggung,tahulah lina uruskan,sayang ikut je saya,faham?!!".."lina awak tak faham ke,saya da kata saya tak boleh,tak bolehlah!!!,saya datang sini nak kerja cari makan,ayah awak majikan saya,saya kena patuh pada arahan dia!!!awak orang kaya,tak kerja pun takpa,tapi saya ni tak kerja nak makan apa??!!"..aku sengaja menaikkan suara,agar lina membenci aku.lina menjawab tenang."malik,sayang kenapa ni sayang,malik ada masalahke?malik tak sayang lina lagi??"..aku hanya mendiamkan diri..menahan keperitan kesedihan..mana mungkin aku tak menyayangi lina sedangkan dia lah orang yang ku cintai sepenuh hati..namun aku terpaksa.aku segera meninggalkannya.berpura berpura membuat rondaan sekililing rumah membiarkan lina terpinga pinga bersendirian..aku ingatkan cara aku boleh membuat kan lina menjauhkan diri dari aku.ternyata aku silap..lina saban hari tak putus asa mendekati aku..ikutkan hati..mahu saja aku bawa lina lari dari situ secara senyap..tapi manakah mungkin itu akan terjadi..amanat dan jasa datuk yunus kpd keluarga aku cukup banyak..aku masih ingat urusan pengkebumian arwah ayah aku datuk yunuslah keluar belanja..datuk yunus juga yang bermurah hati membaiki rumah usang aku dan mak aku berteduh..belanja sekolah adik adik kadangkala datuk yunuslah yang menderma nya.dan aku juga sedar bukanlah orang seperti aku lina harus pilih..wanita sepertinya layak mendapat lelaki yang lebih baik dan sempurna kehidupannya.
afiq semakin kerap datang ke rumah datuk yunus kerana di pelawa oleh datuk dan datin..namun lina tidak melayan kedatangan afiq..sebaliknya dia mengelakkan diri.oleh kerana aku tak nak bercakap dengannya.lina keluar dengan kereta nya atas alasan ada hal..atau berpura pura tidur di biliknya..semuanya atas sebab untuk mengelak berjumpa afiq.
Aku terkadang buntu..antara kasih dan budi.manakah perlu aku utamakan..manakah perlu dikorbankan.aku buntu cara aku seakan tak berkesan menjauhkan lina dari aku..aku ingin berhenti kerja dari situ dan.menghilangkan diri tapi datuk yunus menghalang aku..dan sekali lagi budi datuk yunus mjadi pertimbangan aku..
Akhirnya aku terjumpa satu cara yang berkesan dan KEJAM.tapi apakan daya itu saja cara terbaik dalam fikiran aku.aku menghubungi bekas rakan sekolah aku.kerja dikawasan berhampiran.nama nya ain..ternyata ain adalah teman yg baik..aku meluahkan masalah aku..ternyata ain memahami dilema yang berat aku hadapi..aku meminta nya berpura pura menjadi kekasih ku..aku meminta dia selalu datang ke pondok ku bekerja,seperti menghantar makanan kpd aku..berborak borak, ringkasnya seakan lagak sepasang kekasih yg mesra..datuk yunus tidak menghalang kerana dia faham dan tahu tujuan aku buat sedemikian.
Lina yang melihat keadaan itu dia menjadi berang..bertalu talu lah soalan kemarahan dia kepada aku..aku hanya terus berdiam dan meneruskan lakonan aku.beberapa hari aku berlakon bersama ain dengan harapan lina akhirnya dapat membenci aku..dan sampailah satu masa sesuai.oleh kerana strategi itu juga seakan tidak berkesan..aku membuat satu langkah drastik.aku memberitahu lina bahawa aku dan ain bakal berkahwin tak lama lagi...oh tuhan seakan jantung aku jatuh ke bumi bila terpaksa menyatakan sesuatu yg melukakan kekasih hati ku dan apalagi ia sebenarnya tidak benar!!!
"malik,baik ,aku da cukup bersabar!!!aku dah cukup beralah,kau yang pilih menghancurkan cinta ini!!!,sampai hati kau malik!!jantan penipu!!patutlah tak mahu layan aku,rupanya nak kahwin dengan betina lain!!"..dari hari itu..mungkin kerana dendam kpd diri ku..lina merapatkan diri dengan afiq..dia sengaja menunjukkan kemesraannya di depan mata aku..hari hari ku lalui amat pedih melihat kemesraan lina dan afiq dari cermin pondok yg aku duduki...aku hanya mampu tersenyum dalam duka..menangis di hati perit memendam luka.tidak lama kemudian pernikahan lina dan afiq di atur kan..aku menerima berita itu dengan sebak di dada.membaca kad jemputan tertera ayat"pernikahan antara nursyalina binti yunus dan pasangan nya mohd afiq bin karim"..mengalir air mata ku tanpa sedar..tangisan yang tak mampu ku kawal lagi..aku memohon lagi kepada datuk yunus untuk berhenti kerja kerana aku tidak mampu lagi menahan bebanan perasaan ku tanggung.Aku ingin pergi jauh lari dari semua pengalaman yg mengguris jiwa .datuk yunus akhirnya beralah dan memahami kedukaan aku alami."terima kasih malik,saya juga memohon maaf kerana terpaksa melakukan semua ini,harap malik memahaminya"..aku mengganguk lemah..mengangguk akur dalam kepayahan..
  di hari persandingannya.di sebuah hotel mewah..aku menghadirkan diri secara senyap di kalangan ratusan tetamu yang hadir...aku melihat betapa indah dan cantiknya lina di malam itu bersama afiq yang segak bergaya..ternyata mereka sepadan.bertemakan warna ungu putih ternyata majlis itu begitu menawan..aku duduk sambil menatap wajah lina dari kejauhan..aku perasan riak wajah lina yang senyum terpaksa..mata nya liar melihat tetamu yg hadir..akhirnya mata dia dapat menangkap kelibat aku..dia melihat aku dengan pandangan mata nya yg "berkaca".dia merenung aku dan aku tak mampu melihat wajahnya yang seakan meminta aku naik membawanya pergi..tapi itu mustahil terjadi..aku terimbau kembali...wanita yang pernah membonceng motorsikal ku,makan ditepi jalan bersama ku,meluahkan kasihnya kepada ku kini telah dimiliki orang lain.ternyata itu semua hanya mimpi indah yang menjengah sebentar di hidupku.aku kena redha dan terima KENYATAAN dunia ini.aku berlalu pergi meninggalkan majlis itu dengan langkah lemah tak bermaya...dan ketika di pintu keluar dewan hotel tersebut.. aku sempat menoleh menatap wajah lina untuk kali terakhir...dan hati ku berkata"maafkan aku,kerana  SAYANG LAH KU TERPAKSA LEPASKAN MU,KERANA SAYANG  LAH KU TERPAKSA BUAT SEMUA INI..MOGA DIRI MU BERBAHAGIA BERSAMA SI DIA,DAN AKU YAKIN BAHAGIA TU BERSAMA DIRI MU"..........

Chapter1:kerana sayang ku lepaskan

CERPEN.(oleh aku bukan semut)..KERANA SAYANG KU LEPASKAN CHAPTER 1 "aku dah terima kau seada nya!!tapi ini balasan kau kepada kesetiaan aku??!!lelaki jenis apa kau ni malik!!??"..nada lina semakin kasar..mata nya seakan berkaca memendam kekecewaan yang amat dalam..aku hanya tertunduk kaku, tidak mampu untuk ku melihat riak wajah orang yang ku kasihi."lina,malik terpaksa lakukan....malik..."belum sempat ku menghabiskan kata kata,lina dengan pantas mematahkan percakapan aku."ahh sudah lah malik!!!aku ingat lelaki kaya saja yang kasanova,tak sangka lelaki macam kau ni pun sama juga!!!,ingat ok,gaji awak tu daddy saya yang bayar tahu tak!!!,itupun kau masih tak sedar diri!!"... aku malik.berumur 27 tahun.aku dah bekerja sebagai pengawal keselamatan di rumah banglo datuk yunus selama 4 tahun.walaupun aku memiliki diploma namun aku sanggup bekerja dan bertahan di bidang ini kerana pasaran kerja yang semakin sengit dan aku terhutang budi dengan pelbagai pertolongan datuk yunus.bagi aku gaji rm1300 sebulan dan keramahan majikan aku dah cukup ASBAB untuk aku meneruskan kerja ini.terletak di perumahan elit di kota kinabalu, mahligai datuk yunus cukup indah dan sempurna dari kaca mata insan seperti aku.datuk yunus seorang usahawan hartanah dikurniakan keluarga yang bahagia,mempunyai 2 orang anak seorang lelaki seorang wanita.zul dan lina.zul telah mendirikan rumahtangga sedang menyambung pelajaran peringkat doktor falsafah di universiti luar negara. Lina adalah seorang wanita yang manja,menjadi anak emas datuk yunus dan isterinya datin faridah.bekerja di syarikat kepunyaan ayahnya sendiri.mempunyai rupa paras menarik,tinggi,berkulit cerah,dan bijak berfesyen menjadikan dirinya tumpuan ramai lelaki..aku hanya mampu melihat kerana aku sedar siapa diri aku..takkan mungkin aku dapat memiliki hati seorang wanita sesempurna lina itu. sesuai dengan latar belakang hidupnya,lina adalah seorang gadis metropolitan,kehidupan elitis mjadi norma hidupnya,dia mempunyai teman lelaki bernama afiq,seorang yang kacak segak dan ahli perniagaan muda yang berjaya..namun sejak kebelakangan ini aku kerap kali mendengar dan melihat lina menangis bersendirian dan selalu berlaku pertelingkahan antara lina dan afiq berlaku.namun aku tidak masuk urusan mereka berdua,kerana itu bukanlah bidang tugas aku dan siapalah aku nak memberi kata kata nasihat. "PRAAANGGG!!!!"..aku terdengar bunyi objek pecah dari dapur rumah datuk yunus.pada siang itu hanya lina dan kak bibah selaku pembantu rumah berada dirumah itu..aku mendengar lina menjerit"TAK GUNA PUNYA LELAKI!!...kau jahat afiq!!!sanggup kau buat aku macam ini!!"..lina seakan orang hilang akal..semua perkakasan di dapur berselerakan disebabkan AMUKAN lina.kak bibah kaku ketakutan tidak tahu nak buat apa apa.aku yang risau keadaan itu segera memegang kedua dua lengan lina agar dia tidak melakukan sesuatu yang mencederakan dirinya.."jangan halang aku!!!,biarlah aku mati!!!baru semua orang puas hatikan?!!!"..lina meraung dengan linangan air mata..aku faham dia sedang mengalami tekanan perasaan yang berat."sabar cik lina,istighfar banyak banyak,bukan begini cara nya melepaskan kekecewaan".."eh malik kau jangan nak mengajar aku,kau tu siapa?!!"..."cik lina,ya saya tahu saya siapa,tapi,tidakkah cik lina terfikir betapa sedihnya datuk dan datin bila tahu keadaan cik lina seperti ini,dah lah tu cik lina,bawa bertenang"...lina cuba memberontak untuk melepaskan tangannya..tapi aku tetap memegang erat kedua lengannya..akhirnya lina terduduk terdiam...berangnya semakin reda..aku memberi isyarat kepada kak bibah untuk memeluk lina membawanya ke ruang tamu..kerana aku risau benda benda tajam yang berselerakan di dapur akan mencederakan diri nya beberapa hari berlalu..ketika di pagi ahad..lina tiba tiba muncul di pondok pengawal aku..terkejut aku dibuat nya..dalam hati aku berkata apa lagilah urusan minah ni nak.."malik awak ada motorkan?boleh awak bawa saya jalan jalan??,dah lama saya tak naik motor,saya bosan lah hari ini"....aku mengerutkan dahi.."cik lina tak keluar dengan kawan kawan??lagipun saya tengah on duty ni cik lina,apa kata datuk datin nanti??".."tu awak jangan risaulah,awak ikut je cakap saya".."tapi cik lina tak malu ke nak naik motor dengan saya??".."apa nak dimalukan??suka hati saya lah!!"...akhirnya ku akur jua dengan perintah itu,lagi pun aku andaikan dia ingin tenangkan fikiran selepas kejadian tempoh hari.hari itu,adalah kali pertama seorang wanita bukan keluarga aku membonceng motorsikal aku.."malik,hari ini awak bawa saya ke tempat awak selalu pergi..boleh??".."maksud cik lina tempat macam mana??".."alah tempat awak makan,membeli pakaian,tempat awak lepak"..aku terkejut dengan permintaan lina itu..yelah,tempat aku selalu pergi ini bukanlah tempat tempat orang seperti lina kunjungi...aku pun membawa dia ke kedai pakaian bundle..pasar pilipin..kampung air..ringkasnya tempat tempat orang macam aku mampu membeli berbelanja.dan kami berhenti makan di satu gerai melayu setelah berjalan begitu lama..aku melihat lina sedikit berpeluh,aku tersenyum sendiri melihat seorang wanita yang selama ini lebih gemar pergi ke tempat berhawa dingin akhirnya menjejakkan kaki ke gerai seperti ini"cik lina,emm,boleh masuk tekak ke makan tempat macam ni??"..aku cuba melihat respon lina sama ada dia selesa atau tak."makanan sini beracun ke??"lina memerli aku.."sini awak biasanya makan apa malik??".."cik lina kat sini.."..."eh takyah lah cik cik dengan saya,panggil lina je cukup,ah awak order je lah apa saja saya ikut je"...aku memesan soto banjar menu yang selalu aku jamah bila bertandang ke gerai ini..bagi aku gerai ini lah yang menyediakan soto banjar yang terbaik..."cik..eh..lina..amacam makanan dia sini??"..sambil menghirup kuah soto..lina hanya menunjukkann simbol tangan "BAIK" kpd aku..dlm hati aku..lina ni selamba juga orangnya berbeza dengan apa yang ku fikirkan selama ini... mulai hari itu setiap hari ahad..lina akan mengajak aku keluar dengan menaiki motor ex5 aku..dia semakin jarang keluar bersama sama rakannya..kadang kadang waktu petang pulang dari pejabat dia akan datang berborak di pondok pengawal aku..selama beberapa bulan hubungan kami semakin rapat..lina pun dah terbiasa dengan cara UNDERGROUND hidup aku..yang dulu nya hanya beli kasut di butik mewah tapi kini seakan gian mencari kasut dan sandal di kedai2 bundle tepi jalan. satu hari,di suatu petang kami duduk di pantai tanjung aru..keadaan pantainya yang cantik amat menenangkan jiwa.di tambah lagi wajah lina yang sangat manis memandang ke lautan luas..petang tu benar benar indah."malik,u ni tiada girlfriend ke kat sini?kat kampung ke?"..."lina,orang macam saya ni,siapalah nak,kerja pun kerja tiada orang pandang,gaji pun cukup cukup makan..dah la muka macam eksoz motor,awek nampak pun dari jauh dah terus lari"kata aku sambil tertawa kecil."isk..adake cakap macam tu.emmm..awak suka saya tak?"..aku tergamam dengan soalan tu..tak sangka soalan itu akan terpancul dari bibirnya.."malik kenapa diam??jawablah??..saya ni tak layak untuk awak ke??"...aku lagi tersentak dengan soalan itu..siapa lah aku ini nak dibandingkan dengan segala kelebihan yang dia ada..dalam kepala aku minah ni bergurau ke serius.."malik mesti jawab ke soalan tu lina?".."YA" kata lina dengan tegas..aku menjawab dengan tenang.."lina,tipulah jika saya katakan saya tidak suka awak,wanita seperti awak ini berpendidikan kerjaya yang baik keluarga yang baik paras rupa yang baik,lelaki mana kah yang tidak terpikat??,tapi saya ni siapa jika nak dibandingkan dengan awak seperti langit dan bumi"..lina tersenyum.merenung jauh ke laut.."jadi awak suka saya lah kan??".tiba tiba aku berasa segan pula.aku cuba menukar topik perbualan.."afiq apa cerita dah lina?lama da dia tak datang ke rumah".."awak jangan sebut nama dia lagi..lelaki penipu tu..dasar buaya!!..awak jangan nak tukar topik ye"...ternyata lina tahu taktik aku..lina menyambung perbualannya"malik,selama beberapa bulan ni,saya begitu tenang dan bebas bersama awak,saya melakukan perkara perkara yang tidak pernah saya buat sejak dari kecil,contoh makan burger gerai tepi jalan,pilih sandal kasut di kedai kedai bundle,best sangat,saya suka.,terima kasih malik,bagi saya peluang menikmati perkara perkara ini".."oh takpa,asalkan lina ok,malik ok je"...dari hari ke hari hubungan kami dah jadi seperti mana keadaan hubungan pasangan bercinta yang lain...lina selalu pulang awal dari pejabatnya untuk berjumpa aku..setiap hari kadangkala dari petang sampai ke malam kami berborak pelbagai perkara di pondok tempat aku menjaga,kadang2 lina tumpang sekali menjamah makanan yang aku bawa bekal dari rumah,gelak tawa dan kemesraan menghiasi hari hari kami.. lama kelamaan datuk yunus dan datin faridah dapat menghidu perhubungan kami yang semakin erat..dan pada hari itu..ternyata cerita indah yang aku lalui setiap hari akhirnya berakhir jua. ketika ituu lina belum balik dari pejabat..hanya datuk yunus..aku dan kak bibah saja berada dirumah..datuk yunus memanggil aku minum bersama di

Sabtu, 30 Ogos 2014

Bunuh Cicak Dapat Pahala??

Kenapa kita perlu bunuh cicak?

Dalam kisah penghijrahan orang islam ke Madinah,Rasulullah S.A.W bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur untuk melarikan diri dari orang Quraisy yang ingin membunuh baginda.Tahukah semua apakah yang telah menyebabkan orang Quraisy mengesyaki Rasulullah didalam gua itu?

Untuk pengetahuan semua,dikatakan CICAK didalam gua itu telah mengeluarkan bunyi menyebabkan Rasulullah hampir diketahui.Tapi mujur dengan kuasa Allah,sang labah-labah telah membantu Rasulullah dengan membuat sarangnya di pintu gua itu menyebabkan orang Quraisy berpatah balik kerana yakin tiada manusia didalamnya disebabkan sarang labah-labah yang masih berkeadaan cantik itu.

Terdapat juga hadis mengatakan:

1. Riwayat dari Ummu Syarik: “Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruhnya membunuh cicak”.
2. Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya: “Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah.”
3. Riwayat dari Abi Hurairah dari Nabi S.A.W: “Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua”.

Bukan sahaja itu kisah pengkhianatan CICAK.Terdapat riwayat dari Bukhari yang bersanadkan pada Ummu Syarik bahawa Rasulullah S.A.W. menyuruh untuk membunuh cicak. Baginda berkata: "Binatang itulah yang menyemburkan (api) kepada Ibrahim".

Imam Ahmad mengatakan bahawa Ismail meriwayat kepadanya yang diterima dari Ayyub dari Nafi',beliau berkata bahawa ada seorang perempuan datang kepada Aisyah R.A..Di kediaman beliau,perempuan itu melihat sebilah tombak tergantung.Dia bertanya:" Untuk apakah tombak itu?'.Aisyah R.A. menjawap:"Untuk membunuh cicak". Kemudian beliau mengatakan keterangan yang diterima dari Rasulullah S.A.W: "Ketika Nabi Ibrahim dilemparkan ke dalam api, seluruh binatang melata berusaha memadamkan api di sekitarnya.Hanya cicak yang tidak mahu.Binatang itu malah menyemburkan api kepadanya".

Jadi, jelas disini mengatakan cicak ini sentiasa mengkhianati rasul-Nya.Setelah ia mengkhianati Nabi Ibrahim,ia malah mengkhianati Rasulullah S.A.W..,a matlah wajar kita membunuhnya bukan?

Sumber: Kisah Para Nabi terbitan Nadi Minda Resources(NMR) karya terjemahan Ust.Johari Yaman dari karya asal Qishash Al-Anbiya'(Ibnu Kathir).

Jumaat, 29 Ogos 2014

Kereta Auto atau Manual?

bagi pembeli kereta baru selain jenis kenderaan,transmisi kereta jg mjadi pertimbangan..brikut kebaikan kelemahan secara AM antara transmisi manual@automatik.(ANDAIAN PERBANDINGAN DARI JENIS KERETA YG SAMA..CTH ANTARA PROTON WAJA MANUAL@AUTOMATIK)
1.TRANSMISI MANUAL
Kebaikan
-lebih jimat penggunaan petroll/diesel
-penyelenggaran lebih murah
-"pick up" terutama memotong kenderaan&mendaki bukit lebih baik
-harga sebiji kereta lebih murah bbanding automatik
Kelemahan
-risiko kerosakan sistem gear,clutch lebih tinggi
-lebih banyak"kerja" di buat ketika memandu..ketika trafik jem penggunaan tenaga kaki(pijak clutch)..dan tangan(pnukaran gear)
-kekerapan blaku slip gear
TRANSMISI AUTOMATIK
Kelebihan
-pemanduan lebih rilex&santai
-kurang tenaga@"kerja" terutama trafik jem
-kurang blaku keadaan slip gear kcuali secara tidak sengaja..
Kelemahan
-"pick up" kurang ketika memotong&mdaki buat.walaupun ada sesetengah kereta ada gear khas utk mmotong..tapi transmisi manual lebih baik dlm faktor ini
-penggunaan minyak lebih tinggi
-penyelenggaraan sistem gear&bkaitan lebih mahal
-harga sebiji kereta auto lebih mahal dr kereta manual dari jenis yg sama
*ini adalah perbandingan secara umum bagi semua jenis jenama kenderaan

Khamis, 28 Ogos 2014

Sejarah Ringkas Konflik Palestin Israel

Rentetan sejarah konflik palestin&israel(yg telah aku ringkaskan) dari 1516-1993
1516-palestin dkuasai pmerintahan uthmaniyah selama 400tahun
1869-terusan suez dbina mlalui mesir..mjadi jln pintas perancis&british mjajah
1896-1897-zionis mgadakan kongress ptama di basel switzerland..utk pelan phijrahan bramai ramai yahudi eropah ke palestin
1914-1916-world war one
Turki bsekutu dgn jerman.zionis dgn british.zionis desak british sokong phijrahan yahudi ke palestin..sbg balasan..jika zionis dpt wujudkan negaranya..zionis mmelihara kpentingan british di terusan suez.britain bjanji kpd org arab utk dberi kemerdekaan jika mnentang org turki.Perjanjian Sykes Picot antara france&british utk pmbahagian timur tengah
1917-deklarasi balfour oleh lord baflour s/u luarnegara britain myokong akan pmbentukan negara yahudi di palestin
1918-damsyik dbebaskan org arab,tp kmudian damsyik ditakluk british kmbali
1920-1939-liga bangsa dibentuk..france mguasai syria&british mguasai iran jordan palestin
Penghijrahan yahudi ke palestin bmula stelah mdpt izin british.dr 58000 mningkat ke 350 000 pduduk yahudi di palestin.
Dana kebangsaan yahudi dtubuh utk beli tanah di palestin tp hanya dpt .6% sj wilayah palestin.rakyat palestin mbantah dgn mgadakan mogok besar2an dan btukar mjadi pemberontakan bsenjata krn tidak di endahkan british..pd 1939 british&zionis mmatahkan pmberontakan tu
1939-1945.world war 2.dasar british berubah thadap palestin krn takut org arab sokong jerman..british mula sekat phijrahan org yahudi tp zionis tidak mematuhinya.di eropah adolf hitler mmulakan holocaust..dlm tempoh holocaust ni 200 000 org yahudi bjaya dipindah ke palestin.Tahun ni jg PBB dtubuh
1946-pertempuran besar2an antara palestin&zionis..British kluar dr palestin.PBB ambil alih..
1947.resolusi pemecahan PBB dibuat antara wilayah dkuasai arab&zionis..org palestin mberontak&dsusuli serangan zionis..ramai rakyat palestin undur
1948.Israel di tubuhkan oleh zionis.angkatan tentera arab di htr bg mmerangi negara baru ini.tp tentera arab hanya dpt mgekalkan tebing barat&gaza.
1949-israel jd anggota PBB.PBB arahkan israel..benarkan rakyat palestin balik ke kg halaman tp israel enggan..ramai rakyat palestin tinggal dlm pelarian di kem2 UN RWA di jordan syria lubnan&gaza
1956.yaseer arafat msh bgelar penuntut mnubuhkan kump.bergerak sendiri iaitu al fattah.
1964.PLO ditubuh kan oleh negara2 arab..tp fattah x myertai plo masa ini.
1965-gerakan gerila ptama fattah di Israel.
1967.tentera arab dtewaskan israel..wilayah israel mbesar 3x ganda dlm 6 hari spt bukit golan,sinai,gaza&tebing barat
1968.pertempuran karemah.gerila palestin di jordan klhkan israel.Disember 1968 israel serang airport beirut
1969-PLO dipimpin oleh fattah bwh yaser arafat
1970-71.black september.serangan hebat antara PLO&Israel
1974-rundingan damai ptama dbuat setelah negara arab buat sekatan minyak&serang tentera israel di sinai&bukit golan
1974.ucapan ptama yaser arfat di PBB.PLO diktiraf wakil palestin&hak rakyat palestin diiktiraf
1977.presiden mesir anwar saddat dtg ke jerusalem utk rundingan damai.
1978.israel serang selatan lubnan wujudkan lubnan bebas 10 km di wilayah lubnan
1979.israel kmbalikan sinai kpd mesir

1980.israel serang reaktor nuklear dibaghdad&hancurkan jambatan2 yg myeberangi sg sitani
Israel rampas bukit golan dr syria
1984-pyatuan semula PLO setelah bberapa konflik antara cabang kump.disember 84-intifada rakyat palestin di gaza
1993-pjanjian OSLO dimeterai antara palestin israel-kdaulatan wilayah palestin
*pcayakah anda 65 resolusi PBB telah dilanggar israel??

Punca Dan Kesan Muflis

Punca muflis
-jumlah keberhutangan rm30 000 ke atas
-pemiutang memfailkan petisyen kebankrapan atau penghutang memufliskan diri sendiri di mahkamah
Kesan Kebankrapan
-Jabatan insolvensi(MDI) akan mtadbir aset&kewangan penghutang
-segala aset atas nama penghutang akan di ambil alih(aset atas nama isteri@suami,anak2,ibu bapa,adik beradik tidak akan DIGANGGU)
*pakaian,kwsp,simpanan amanah saham@harta yg di amanahkan tidak diganggu
-hilang kelayakan merima manfaat pencen
-tidak boleh keluar negara,membuka akaun,bekerja dgn syarikat isteri@keluarga KECUALI dgn kebenaran Ketua Pengarah MDI
-tidak boleh menjawat jawatan dlm bidang kehakiman&politik
-jika penghutang kakitangan awam,risiko besar di BUANG KERJA
Sekatan lain
-tidak boleh meminda hak milik aset bermula 6 bulan sebelum perintah kebankrapan dikeluarkan
-segala pemerolehan aset&kewangan ketika tempoh muflis perlu dilaporkan kpd MDI
-Mengikuti segala arahan MDI termasuk mhadiri mesyuarat dgn pihak2 pemiutang
KECANTIKAN/KELEBIHAN BANKRUPSI
-tidak lagi selalu diganggu pihak2 pemiutang krn kes telah ditadbir oleh MDI
-Pertimbangan ansuran byrn balik hutang oleh MDI lebih "LUNAK"..mdi akan mlihat jumlah pendapatan&jumlah perbelanjaan asas sebelum mnentukan jum.ansuran bayaran kpd MDI(ada kes keberhutangan hingga rm2juta tp hanya perlu mbayar rm500 sebulan)..minimum pembayaran balik MDI ialah rm300
-jika menurut segala arahan MDI&beri kerjasama sepanjang tempoh kemuflisan..boleh dilepaskan dari STATUS BANKRUP antara 5-12 tahun..walaupun jika masa itu yg sebenarnya secara kiraan masih ada baki hutang dengan pihak pemiutang
-setelah dilepas dari status bankrup..anda ibarat menjadi orang baru yg TIDAK MEMPUNYAI HUTANG

*Bankrupsi adalah jalan terakhir yg harus di elak oleh sesiapa saja,namun jika sudah tidak boleh mgelak lagi,apakan daya.. di isytiharkan BANKRUP bukanlah penamat kehidupan krn DIHUJUNGNYA itu masih ada ruang untuk anda MEMULAKAN HIDUP BARU SPT SEDIA KALA

Panduan Tips Beli Kereta Terpakai

Tips Beli Kereta Terpakai
1.Telah lulus pemeriksaan puspakom
2.tiada baki saman/hutang/caj parking tertunggak
3.lihat keadaan besi terutama di but depan kereta..utk mgesan adakah tanda2 kereta tersebut pnah mgalami kemalangan
4.periksa meter perjalanan kereta..lebih kurang kilometer lebih baik.seeloknya bawah 100 000km
5.periksa head cover enjin dan bawah enjin adakah berlaku kebocoran minyak enjin..
6.cuba start enjin kereta..jika perlu 3@4 kali utk dihidupkan..ada masalah dgn kereta tersebut(bateri@fuel pump@sparkplug@starter@distributor@fuel filter@karburetor yg bmasalah)
7.dalam keadaan kereta x bergerak&enjin di hidupkan..lakukan
-cabut kepala bateri cas negatif,jika enjin kereta terus berhenti ini bermakna alternator kereta tersebut rosak
-tarik handbrake masukkan gear 4(manual) tekan pedal minyak..jika enjin berhenti bererti clutch plate bermasalah.
-pusingkan stereng kereta kiri ke kanan..jika mendengar seakan bunyi bergesel yg kuat.sistem stereng kereta tersebut bermasalah
8.cek signal lampu..lampu brek..lampu undur&lampu depan(low&high beam),wiper..
9.majukan kereta ke depan belakang sambil mem brek..jika mgesan bunyi bgesel..bunyi seakan ketat kedengaran..sistem brek@suspensi kereta tersebut bermasalah
*itu sahaja perkara asas yg perlu dinilai apabila ingin membeli sebuah kereta terpakai..walaupun seakan banyak..tp jika anda tahu faham dan mahir mengenai APA YANG PERLU DIPERIKSA&DI UJI dalam masa 15 minit anda boleh selesai menguji kereta tersebut..kesilapan ramai pembeli..kereta boleh dihidupkan boleh bergerak dan body masih ok...terus membeli tanpa mengetahui akan adanya masalah ibarat BOM JANGKA menunggu di depan..spt sahabat saya membeli kereta terpakai..baru 6 bulan mggunakan..terpaksa servis gearbox,top haul enjin,servis karburetor,tukar fuel pump&tukar kesemua sistem suspensi dan brek..
***ada prinsip "KAMPUNG" yg boleh kita pegang..beli kereta yg masih standard..jgn beli kereta yg telah byk di modifikasi...melainkan anda sudah bersedia dgn DOMPET YG TEBAL utk mhadapi masalah2 itu..Alah membeli menang memakai..kereta terpakai jika pemilik asalnya seorg yg cermat mjaga kereta nya masih blh mengekalkan KEMANTAPAN kereta tsebut