CERPEN.(oleh aku bukan semut)..KERANA SAYANG KU LEPASKAN CHAPTER 1 "aku dah terima kau seada nya!!tapi ini balasan kau kepada kesetiaan aku??!!lelaki jenis apa kau ni malik!!??"..nada lina semakin kasar..mata nya seakan berkaca memendam kekecewaan yang amat dalam..aku hanya tertunduk kaku, tidak mampu untuk ku melihat riak wajah orang yang ku kasihi."lina,malik terpaksa lakukan....malik..."belum sempat ku menghabiskan kata kata,lina dengan pantas mematahkan percakapan aku."ahh sudah lah malik!!!aku ingat lelaki kaya saja yang kasanova,tak sangka lelaki macam kau ni pun sama juga!!!,ingat ok,gaji awak tu daddy saya yang bayar tahu tak!!!,itupun kau masih tak sedar diri!!"... aku malik.berumur 27 tahun.aku dah bekerja sebagai pengawal keselamatan di rumah banglo datuk yunus selama 4 tahun.walaupun aku memiliki diploma namun aku sanggup bekerja dan bertahan di bidang ini kerana pasaran kerja yang semakin sengit dan aku terhutang budi dengan pelbagai pertolongan datuk yunus.bagi aku gaji rm1300 sebulan dan keramahan majikan aku dah cukup ASBAB untuk aku meneruskan kerja ini.terletak di perumahan elit di kota kinabalu, mahligai datuk yunus cukup indah dan sempurna dari kaca mata insan seperti aku.datuk yunus seorang usahawan hartanah dikurniakan keluarga yang bahagia,mempunyai 2 orang anak seorang lelaki seorang wanita.zul dan lina.zul telah mendirikan rumahtangga sedang menyambung pelajaran peringkat doktor falsafah di universiti luar negara. Lina adalah seorang wanita yang manja,menjadi anak emas datuk yunus dan isterinya datin faridah.bekerja di syarikat kepunyaan ayahnya sendiri.mempunyai rupa paras menarik,tinggi,berkulit cerah,dan bijak berfesyen menjadikan dirinya tumpuan ramai lelaki..aku hanya mampu melihat kerana aku sedar siapa diri aku..takkan mungkin aku dapat memiliki hati seorang wanita sesempurna lina itu. sesuai dengan latar belakang hidupnya,lina adalah seorang gadis metropolitan,kehidupan elitis mjadi norma hidupnya,dia mempunyai teman lelaki bernama afiq,seorang yang kacak segak dan ahli perniagaan muda yang berjaya..namun sejak kebelakangan ini aku kerap kali mendengar dan melihat lina menangis bersendirian dan selalu berlaku pertelingkahan antara lina dan afiq berlaku.namun aku tidak masuk urusan mereka berdua,kerana itu bukanlah bidang tugas aku dan siapalah aku nak memberi kata kata nasihat. "PRAAANGGG!!!!"..aku terdengar bunyi objek pecah dari dapur rumah datuk yunus.pada siang itu hanya lina dan kak bibah selaku pembantu rumah berada dirumah itu..aku mendengar lina menjerit"TAK GUNA PUNYA LELAKI!!...kau jahat afiq!!!sanggup kau buat aku macam ini!!"..lina seakan orang hilang akal..semua perkakasan di dapur berselerakan disebabkan AMUKAN lina.kak bibah kaku ketakutan tidak tahu nak buat apa apa.aku yang risau keadaan itu segera memegang kedua dua lengan lina agar dia tidak melakukan sesuatu yang mencederakan dirinya.."jangan halang aku!!!,biarlah aku mati!!!baru semua orang puas hatikan?!!!"..lina meraung dengan linangan air mata..aku faham dia sedang mengalami tekanan perasaan yang berat."sabar cik lina,istighfar banyak banyak,bukan begini cara nya melepaskan kekecewaan".."eh malik kau jangan nak mengajar aku,kau tu siapa?!!"..."cik lina,ya saya tahu saya siapa,tapi,tidakkah cik lina terfikir betapa sedihnya datuk dan datin bila tahu keadaan cik lina seperti ini,dah lah tu cik lina,bawa bertenang"...lina cuba memberontak untuk melepaskan tangannya..tapi aku tetap memegang erat kedua lengannya..akhirnya lina terduduk terdiam...berangnya semakin reda..aku memberi isyarat kepada kak bibah untuk memeluk lina membawanya ke ruang tamu..kerana aku risau benda benda tajam yang berselerakan di dapur akan mencederakan diri nya beberapa hari berlalu..ketika di pagi ahad..lina tiba tiba muncul di pondok pengawal aku..terkejut aku dibuat nya..dalam hati aku berkata apa lagilah urusan minah ni nak.."malik awak ada motorkan?boleh awak bawa saya jalan jalan??,dah lama saya tak naik motor,saya bosan lah hari ini"....aku mengerutkan dahi.."cik lina tak keluar dengan kawan kawan??lagipun saya tengah on duty ni cik lina,apa kata datuk datin nanti??".."tu awak jangan risaulah,awak ikut je cakap saya".."tapi cik lina tak malu ke nak naik motor dengan saya??".."apa nak dimalukan??suka hati saya lah!!"...akhirnya ku akur jua dengan perintah itu,lagi pun aku andaikan dia ingin tenangkan fikiran selepas kejadian tempoh hari.hari itu,adalah kali pertama seorang wanita bukan keluarga aku membonceng motorsikal aku.."malik,hari ini awak bawa saya ke tempat awak selalu pergi..boleh??".."maksud cik lina tempat macam mana??".."alah tempat awak makan,membeli pakaian,tempat awak lepak"..aku terkejut dengan permintaan lina itu..yelah,tempat aku selalu pergi ini bukanlah tempat tempat orang seperti lina kunjungi...aku pun membawa dia ke kedai pakaian bundle..pasar pilipin..kampung air..ringkasnya tempat tempat orang macam aku mampu membeli berbelanja.dan kami berhenti makan di satu gerai melayu setelah berjalan begitu lama..aku melihat lina sedikit berpeluh,aku tersenyum sendiri melihat seorang wanita yang selama ini lebih gemar pergi ke tempat berhawa dingin akhirnya menjejakkan kaki ke gerai seperti ini"cik lina,emm,boleh masuk tekak ke makan tempat macam ni??"..aku cuba melihat respon lina sama ada dia selesa atau tak."makanan sini beracun ke??"lina memerli aku.."sini awak biasanya makan apa malik??".."cik lina kat sini.."..."eh takyah lah cik cik dengan saya,panggil lina je cukup,ah awak order je lah apa saja saya ikut je"...aku memesan soto banjar menu yang selalu aku jamah bila bertandang ke gerai ini..bagi aku gerai ini lah yang menyediakan soto banjar yang terbaik..."cik..eh..lina..amacam makanan dia sini??"..sambil menghirup kuah soto..lina hanya menunjukkann simbol tangan "BAIK" kpd aku..dlm hati aku..lina ni selamba juga orangnya berbeza dengan apa yang ku fikirkan selama ini... mulai hari itu setiap hari ahad..lina akan mengajak aku keluar dengan menaiki motor ex5 aku..dia semakin jarang keluar bersama sama rakannya..kadang kadang waktu petang pulang dari pejabat dia akan datang berborak di pondok pengawal aku..selama beberapa bulan hubungan kami semakin rapat..lina pun dah terbiasa dengan cara UNDERGROUND hidup aku..yang dulu nya hanya beli kasut di butik mewah tapi kini seakan gian mencari kasut dan sandal di kedai2 bundle tepi jalan. satu hari,di suatu petang kami duduk di pantai tanjung aru..keadaan pantainya yang cantik amat menenangkan jiwa.di tambah lagi wajah lina yang sangat manis memandang ke lautan luas..petang tu benar benar indah."malik,u ni tiada girlfriend ke kat sini?kat kampung ke?"..."lina,orang macam saya ni,siapalah nak,kerja pun kerja tiada orang pandang,gaji pun cukup cukup makan..dah la muka macam eksoz motor,awek nampak pun dari jauh dah terus lari"kata aku sambil tertawa kecil."isk..adake cakap macam tu.emmm..awak suka saya tak?"..aku tergamam dengan soalan tu..tak sangka soalan itu akan terpancul dari bibirnya.."malik kenapa diam??jawablah??..saya ni tak layak untuk awak ke??"...aku lagi tersentak dengan soalan itu..siapa lah aku ini nak dibandingkan dengan segala kelebihan yang dia ada..dalam kepala aku minah ni bergurau ke serius.."malik mesti jawab ke soalan tu lina?".."YA" kata lina dengan tegas..aku menjawab dengan tenang.."lina,tipulah jika saya katakan saya tidak suka awak,wanita seperti awak ini berpendidikan kerjaya yang baik keluarga yang baik paras rupa yang baik,lelaki mana kah yang tidak terpikat??,tapi saya ni siapa jika nak dibandingkan dengan awak seperti langit dan bumi"..lina tersenyum.merenung jauh ke laut.."jadi awak suka saya lah kan??".tiba tiba aku berasa segan pula.aku cuba menukar topik perbualan.."afiq apa cerita dah lina?lama da dia tak datang ke rumah".."awak jangan sebut nama dia lagi..lelaki penipu tu..dasar buaya!!..awak jangan nak tukar topik ye"...ternyata lina tahu taktik aku..lina menyambung perbualannya"malik,selama beberapa bulan ni,saya begitu tenang dan bebas bersama awak,saya melakukan perkara perkara yang tidak pernah saya buat sejak dari kecil,contoh makan burger gerai tepi jalan,pilih sandal kasut di kedai kedai bundle,best sangat,saya suka.,terima kasih malik,bagi saya peluang menikmati perkara perkara ini".."oh takpa,asalkan lina ok,malik ok je"...dari hari ke hari hubungan kami dah jadi seperti mana keadaan hubungan pasangan bercinta yang lain...lina selalu pulang awal dari pejabatnya untuk berjumpa aku..setiap hari kadangkala dari petang sampai ke malam kami berborak pelbagai perkara di pondok tempat aku menjaga,kadang2 lina tumpang sekali menjamah makanan yang aku bawa bekal dari rumah,gelak tawa dan kemesraan menghiasi hari hari kami.. lama kelamaan datuk yunus dan datin faridah dapat menghidu perhubungan kami yang semakin erat..dan pada hari itu..ternyata cerita indah yang aku lalui setiap hari akhirnya berakhir jua. ketika ituu lina belum balik dari pejabat..hanya datuk yunus..aku dan kak bibah saja berada dirumah..datuk yunus memanggil aku minum bersama di
Tiada ulasan:
Catat Ulasan