datuk yunus memanggil aku minum bersama dia di beranda halaman rumah.."malik,afiq dah berapa lama tak datang sini?".."agak lama juga datuk,tak tahu sebab apa,mungkin dia sibuk agaknya."...aku pura pura seakan tak tahu perhubungan afiq dan lina yang dah lama putus.."malik,secara peribadi,saya suka dengan awak,kerja awak,"..datuk mendiam kan diri..aku hanya mengganguk tanda faham.datuk yunus meneruskan katanya."malik tahukan hubungan lina dan afiq?..."ya datuk".."malik tahukan ayah afiq adalah rakan baik saya?"...aku seakan berat untuk menjawab.kerana aku dapat membayangkan apa yang datuk yunus ingin sampaikan..."malik,saya dan datin farida amat menyayangi lina,kami nak hidup dia sentiasa terjamin dan bahagia"...aku hanya tunduk mendengar..kopi yang aku teguk seakan makin lama makin pahit aku rasa kan."saya dan datuk karim bersahabat dah lama...kami bermula dari orang yang tiada apa apa hinggalah ke tempat sekarang..kami ingin meneruskan persahabatan kami sampai bila bila..kami nak melihat lina dan afiq dapat di satukan demi mengeratkan hubungan kami"..."malik saya ni da lewat usia..itu lah saja impian yang belum saya dapat kecapi"..aku memahami maksud datuk yunus..walaupun dia tak nyatakan secara langsung..tapi aku tahu yang aku tidak boleh teruskan hubungan aku dengan lina..seakan hari itu dunia aku kosong..aku tidak tahu berfikir apa apa.
keesokkan harinya..hari demi hari aku da mula menjauhkan diri dari lina..aku lebih banyak mendiam kan diri..aku sanggup menaiki bas meninggalkan motor dirumah..supaya lina tak boleh lagi mengajak aku keluar menaiki motorsikal..alasan aku ,motorsikal rosak.."malik kenapa dalam seminggu dua ni malik diam tak mahu layan lina??nak tengok muka lina pun macam mahu tak mahu je??sayang ada kekasih lain dah ke??"..aku hanya berdiam tersenyum tidak menjawab apa apa.hanya tunduk merenung kasut aku yang semakin lusuh."jom sayang kita keluar,dah lama kita tak keluar bersama,i dah rindu soto banjar di gerai tu,guna kereta saya ya"...aku bingkas bangun menjawab"maaf lina,saya tak boleh tinggalkan tugas,datuk dah pesan dengan saya".."tu saya yang tanggung,tahulah lina uruskan,sayang ikut je saya,faham?!!".."lina awak tak faham ke,saya da kata saya tak boleh,tak bolehlah!!!,saya datang sini nak kerja cari makan,ayah awak majikan saya,saya kena patuh pada arahan dia!!!awak orang kaya,tak kerja pun takpa,tapi saya ni tak kerja nak makan apa??!!"..aku sengaja menaikkan suara,agar lina membenci aku.lina menjawab tenang."malik,sayang kenapa ni sayang,malik ada masalahke?malik tak sayang lina lagi??"..aku hanya mendiamkan diri..menahan keperitan kesedihan..mana mungkin aku tak menyayangi lina sedangkan dia lah orang yang ku cintai sepenuh hati..namun aku terpaksa.aku segera meninggalkannya.berpura berpura membuat rondaan sekililing rumah membiarkan lina terpinga pinga bersendirian..aku ingatkan cara aku boleh membuat kan lina menjauhkan diri dari aku.ternyata aku silap..lina saban hari tak putus asa mendekati aku..ikutkan hati..mahu saja aku bawa lina lari dari situ secara senyap..tapi manakah mungkin itu akan terjadi..amanat dan jasa datuk yunus kpd keluarga aku cukup banyak..aku masih ingat urusan pengkebumian arwah ayah aku datuk yunuslah keluar belanja..datuk yunus juga yang bermurah hati membaiki rumah usang aku dan mak aku berteduh..belanja sekolah adik adik kadangkala datuk yunuslah yang menderma nya.dan aku juga sedar bukanlah orang seperti aku lina harus pilih..wanita sepertinya layak mendapat lelaki yang lebih baik dan sempurna kehidupannya.
afiq semakin kerap datang ke rumah datuk yunus kerana di pelawa oleh datuk dan datin..namun lina tidak melayan kedatangan afiq..sebaliknya dia mengelakkan diri.oleh kerana aku tak nak bercakap dengannya.lina keluar dengan kereta nya atas alasan ada hal..atau berpura pura tidur di biliknya..semuanya atas sebab untuk mengelak berjumpa afiq.
Aku terkadang buntu..antara kasih dan budi.manakah perlu aku utamakan..manakah perlu dikorbankan.aku buntu cara aku seakan tak berkesan menjauhkan lina dari aku..aku ingin berhenti kerja dari situ dan.menghilangkan diri tapi datuk yunus menghalang aku..dan sekali lagi budi datuk yunus mjadi pertimbangan aku..
Akhirnya aku terjumpa satu cara yang berkesan dan KEJAM.tapi apakan daya itu saja cara terbaik dalam fikiran aku.aku menghubungi bekas rakan sekolah aku.kerja dikawasan berhampiran.nama nya ain..ternyata ain adalah teman yg baik..aku meluahkan masalah aku..ternyata ain memahami dilema yang berat aku hadapi..aku meminta nya berpura pura menjadi kekasih ku..aku meminta dia selalu datang ke pondok ku bekerja,seperti menghantar makanan kpd aku..berborak borak, ringkasnya seakan lagak sepasang kekasih yg mesra..datuk yunus tidak menghalang kerana dia faham dan tahu tujuan aku buat sedemikian.
Lina yang melihat keadaan itu dia menjadi berang..bertalu talu lah soalan kemarahan dia kepada aku..aku hanya terus berdiam dan meneruskan lakonan aku.beberapa hari aku berlakon bersama ain dengan harapan lina akhirnya dapat membenci aku..dan sampailah satu masa sesuai.oleh kerana strategi itu juga seakan tidak berkesan..aku membuat satu langkah drastik.aku memberitahu lina bahawa aku dan ain bakal berkahwin tak lama lagi...oh tuhan seakan jantung aku jatuh ke bumi bila terpaksa menyatakan sesuatu yg melukakan kekasih hati ku dan apalagi ia sebenarnya tidak benar!!!
"malik,baik ,aku da cukup bersabar!!!aku dah cukup beralah,kau yang pilih menghancurkan cinta ini!!!,sampai hati kau malik!!jantan penipu!!patutlah tak mahu layan aku,rupanya nak kahwin dengan betina lain!!"..dari hari itu..mungkin kerana dendam kpd diri ku..lina merapatkan diri dengan afiq..dia sengaja menunjukkan kemesraannya di depan mata aku..hari hari ku lalui amat pedih melihat kemesraan lina dan afiq dari cermin pondok yg aku duduki...aku hanya mampu tersenyum dalam duka..menangis di hati perit memendam luka.tidak lama kemudian pernikahan lina dan afiq di atur kan..aku menerima berita itu dengan sebak di dada.membaca kad jemputan tertera ayat"pernikahan antara nursyalina binti yunus dan pasangan nya mohd afiq bin karim"..mengalir air mata ku tanpa sedar..tangisan yang tak mampu ku kawal lagi..aku memohon lagi kepada datuk yunus untuk berhenti kerja kerana aku tidak mampu lagi menahan bebanan perasaan ku tanggung.Aku ingin pergi jauh lari dari semua pengalaman yg mengguris jiwa .datuk yunus akhirnya beralah dan memahami kedukaan aku alami."terima kasih malik,saya juga memohon maaf kerana terpaksa melakukan semua ini,harap malik memahaminya"..aku mengganguk lemah..mengangguk akur dalam kepayahan..
di hari persandingannya.di sebuah hotel mewah..aku menghadirkan diri secara senyap di kalangan ratusan tetamu yang hadir...aku melihat betapa indah dan cantiknya lina di malam itu bersama afiq yang segak bergaya..ternyata mereka sepadan.bertemakan warna ungu putih ternyata majlis itu begitu menawan..aku duduk sambil menatap wajah lina dari kejauhan..aku perasan riak wajah lina yang senyum terpaksa..mata nya liar melihat tetamu yg hadir..akhirnya mata dia dapat menangkap kelibat aku..dia melihat aku dengan pandangan mata nya yg "berkaca".dia merenung aku dan aku tak mampu melihat wajahnya yang seakan meminta aku naik membawanya pergi..tapi itu mustahil terjadi..aku terimbau kembali...wanita yang pernah membonceng motorsikal ku,makan ditepi jalan bersama ku,meluahkan kasihnya kepada ku kini telah dimiliki orang lain.ternyata itu semua hanya mimpi indah yang menjengah sebentar di hidupku.aku kena redha dan terima KENYATAAN dunia ini.aku berlalu pergi meninggalkan majlis itu dengan langkah lemah tak bermaya...dan ketika di pintu keluar dewan hotel tersebut.. aku sempat menoleh menatap wajah lina untuk kali terakhir...dan hati ku berkata"maafkan aku,kerana SAYANG LAH KU TERPAKSA LEPASKAN MU,KERANA SAYANG LAH KU TERPAKSA BUAT SEMUA INI..MOGA DIRI MU BERBAHAGIA BERSAMA SI DIA,DAN AKU YAKIN BAHAGIA TU BERSAMA DIRI MU"..........
Ahad, 2 November 2014
Chapter2 Kerana sayang aku lepaskan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan