Ahad, 22 November 2015

Pembunuhan Aqui Division

PEREBUTAN AQUI DIVISION (1943)
Perebutan Aqui Division adalah salah satu pembunuhan beramai ketika dalam perang dunia kedua (1939-1945). Aqui Dvision ni berada di kepulauan Cephalonia di Greece pada tahun 1943, Soviet dan Italy membuat perjanjian dengan Soviet untuk membahagikan bahagian mereka di Balkan. Italy mendapat bahagian Greece, Bulgaria dan kawasan Albania dan Soviet mendapat Romania, Ukraine, Yugoslavia, Bosnia dan seluruh timur eropah yang lain. Kepulauan Ionian di Greece adalah garisan sempadan antara dua angkatan besar.
Seperti yang kita tahu, Italy, Japan dan Germany adalah satu Allies menentang Soviet. Mereka dapat menawan bahagian Soviet semasa perang dunia kedua dan dengan kekuatan tentera Fuhrer Adolph Hitler dan kerjasama askar Italy, mereka fikir mereka dapat jatuhkan Soviet pada perang dunia kedua. Tetapi....
Pada tahun 1943, Italy mengambil keputusan untuk menyokong askar Soviet dan menentang Nazi Germany mengakibatkan Adolf Hitler menangkap hampir kesemua askar-askar Italy yang berkubu di pulau Ionian, Greece dan menyeksa dan menanan mereka hidup-hidup. Pembunuhan itu menyebabkan Soviet bertindak menyerang pulau Ionian dan askar German berundur dalam masa berberapa hari. Berberapa hari selepas itu, Soviet berjaya menawan semula seluruh Timur Eropah dan mula mengorak langkah ke Berlin. Dengan arahan Adolf Hitler, tentera German menyerang Greece untuk menawan semula kepulauan Cephalonia atau dikenali sebagai Aqui Division. Perebutan kawasan itu berterusan sehingga perang dunia ke dua tamat pada tahun 1945.
Hasilnya, 5,500- 16,000 orang terbunuh dan kebanyakannya askar Italy di mana mereka diseksa dan dibunuh atau ditanam hidup-hidup oleh askar Nazi dan 3,000 askar Italy lemas ketika kapal Nazi yang membawa askar Italy ke German untuk perbicaraan diserang askar Soviet dengan menggunakan missile. Pembunuhan beramai-ramai ini adalah salah satu pembunuhan terburuk dalam sejarah Perang dunia kedua.

Misteri suitcase yg menyeramkan di hospital Willard New York

Hospital Sakit jiwa Willard, di New York adalah salah satu hospital sakit jiwa yang dibina pada awal abad ke-20. Ia beroperasi sebagai hospital sakit jiwa sehingga ia ditutup pada tahun 1995 dan dibuka dua tahun kemudian menjadi tempat rehabilitasi penagih dadah. Di hospital ini hampir banyak kes hantu atau paranormal terjadi. Salah satunya penemuan suitcase di bahagian loteng hospital.
Pada tahun 1995, pekerja hospital menemui 500 suitcase di loteng dan kesemuanya adalah milik pesakit-pesakit dari tahun 1910-1960. Lebih menyeramkan, kesemua pesakit di dalam hospital ini tidak dibenarkan keluar dari hospital dan kesemua pesakit semuanya meninggal dunia di hospital ini dan mereka di tanam bersebelahan dengan bangunan tanpa bernama. Penemuan suitcase ini membutikan bahawa kesemua pesakit tidak pernah keluar dari hospital tersebut.
Ada berberapa laporan bersurat, ada ramai pesakit di "penjarakan" di hospital ini kerana sawan, gila dan juga menjadi gila kerana dikurung di hospital ini. Ramai pesakit di tahan di dalam hospital ini selama 30 tahun dan ada yang ditahan sepajang hidupnya. Penemuan suitcase di loteng hospital membuktikannya. Kesmeua barang masih bolh digunakan dengan baik dan tidak reput. Kini, hospital ini ditutup dan dijadikan tempat rehabilitasi penagih dadah dan mendapat banyak laporan paranormal berlaku di hospital in

Dewi Hera,dewa mitos greek

HERA, GODDESS OF MARRIAGE, WOMEN, CHILDBIRTH AND FAMILY
Dewi Hera adalah salah satu Dewi Mitologi Greek yang agak terkenal. Ia dikenali sebagai Pemaisuri segala wanita, perkahwinan, jodoh, keluarga dan melahirkan anak. Ia adalah Isteri Dewa Zeus dan juga ketua seluruh wanita di bumi ini sama ada Dewi-dewi lain ataupun wanita dan perempuan manusia. Simbol ia ialah Burung merak dan burung merpati.
Mengikut Mitologi Greek, Dewi Hera adalah dewi yang amat kuat. Ia boleh berlawan dan juga membunuh sesiapa sahaja yang menentang ia, ia juga amat cemburu dengan gundik-gundik Zeus dan kebanyakannya cuba membunuh ataupun menghalau gundik-gundik Zeus keluar dari Olympus. Ia juga adalah ibu kepada Hercules, salah seorang demi-God yang diturunkan ke bumi untuk mengelakkan ia dari dibunuh oleh Hades. Walaupun ia mempunyai "skill" dalam berlawan dan berperang, ia dikalahkan oleh dewi Athena dalam satu lawan satu ketika dewi Hera tidak berpuas hati dengan Athena yang seorang manusia yang lemah di jadikan Dewi atas kebenaran Zeus. Selepas kekalahan tersebut, Dewi Hera mengiktiraf Athena sebagai salah satu dewa yang berpangkat tinggi di Olympus.
Ia juga menghalau Dewi Aphrodite kerana melakukan curang dengan Zeus dan juga mengkhianati perjanjian ia dengan Hephaestus. Ia juga membunuh dan membinasakan manusia yang menentang ia ketika ia memilihkan jodoh dan mengahwinkan manusia tersebut. (Saya kenal Dewi Hera ini dalam kartun Disney Hercules, dalam kartun tersebut, Dewi Hera melakukan "Opposite" dengan kisah Mitologi sebenar Hera. So, jika anda memikir, dewi Hera adalah seorang yang "Motherly" dan "Soft spoken God". Anda silap sama sekali.)
Ia juga yang bertanggungjawab mengahwinkan Hercules dengan sorang wanita manusia di Athens (Ada banyak versinya, wanita itu dinamakan Megan, ada yang menyatakan adalah Morgan, ada juga yang menyatakan Myrthil dan macam-macam lagi.) Dewi ini amat cantik dan jelita. Ia adalah seorang yang setia dna tidak pernah melakukan curang terhadap Zeus. (Zeus yang curang. Adey) Dewi Hera juga adalah salah satu Dewi yang membantu Zeus, Poseidon dan Hades menewaskan Cronus dan membuka pentadbiran Olympus. Kisah Dewi Hera ini banyak mengisahkan dendam dan cemburu disebabkan kecurangan dan kesilapan yang dilakukan oleh Zeus. Kemungkinnan Penulis yang menceritakan Mitologi ini menyatakan setialah pada pasangan anda, kerana jika anda curang, ia akan menjadi lebih teruk. Ini hanyalah teori semata-mata tapi ia kisah Dewi Hera ini agak menarik kerana banyak kisahnya yang penuh dengan cemburu dan sifat Curang Zeus yang ketara.

Rabu, 11 November 2015

Dionysus dewa ANGGUR!!!

DIONYSUS GOD OF WINE,BOOZE AND THEATRE.
Dewa Dionysus adalah dewa membuat arak, wayang dan menumbuhkan buah anggur. Mengikut sejarah Greek Purba, Dewa ini disembah oleh ramai rakyat kerana pada ketika itu buah anggur dan arak adalah benda yang WAJIB untuk makan dan minum kerana buah anggur simbol ketenangan da arak adalah "Ubat segala masalah". Beliau juga adalah Dewa yang memberikan penyakit gila kepada orang.
Mengikut Mitologi, ibu bapa Dionysus adalah Manusia dan Dewa. Ibunya seorang manusia yang bernama Semele dan bapanya ialah Dewa yang bernama Zeus. Ketika Semele mengandungkan Dionysus, Hera, isteri Zeus cemburu dengan Semele kerana Zeus menyayanginya (Mengikut Mitologi, Zeus menyamar menjadi manusia). Disebabkan cemburu, Hera membunuh Semele. Zeus amat sedih dengan pembunuhan tersebut, dan ia mengambil janin dalam perut mayat Semele dan menghidupkan ia. Lalu bayi itu hidup dan sihat, Zeus menamakan Dionysus.
Apabila ia sudah dewasa, ia mencipta buah anggur dan arak sebagai ketenangan dan penyelesai masalah.Ia adalah salah satu Dewa yang berinteraksi secara terus dengan orang yang menyembahnya. Contoh, apabila orang berdoa dengan menyebut namanya, Ia akan datang dan membantu. Ada salas satu kisah Mitologi yang menceritakan kisah King Midas inginkan kuasa mengubah segalanya menjadi emas, Dionysus mengkabulkan doanya, tetapi ia agak menyesal kerana permintaan King Midas agak bodoh dan bukan jenis hajat masa panjang. Fair enough, King Midas menyesal dengan hajatnya kerana apa sahaja yang disentuh olehnya menjadi emas sehinggakan anaknya sendiri menjadi emas. Jadi King Midas berdoa kepada Dionysus untuk menghilangkan semula kuasa emasnya. Dionysus kabulkan doanya dengan menyuruh King Midas mandi di dalam Sungai Pactolus. King Midas lakukan dan disebabkan itu, kesemua kuasanya pergi ke dalam sungai dan akhirnya pasir sungai itu menjadi emas. (Sungai Pactolus adalah sungai yang wujud di Turki dan menjadi salah satu tempat galian Turki di mana dalam sungai tersebut banyak emas)
Dewa Dionysus berkahwin dengan Aphrodite dan mendapat 3 orang anak, ia juga berkahwin dengan berberapa isteri yang lain. Mengikut kisah mitologi, dewa Dionysus keluar dari kerajaan Olympus dan menjadi seorang manusia biasa dan membuka ladang anggur dan kilang pembuat arak di seluruh Tamadun Greek Purba. Ia sentiasa akan menjaga ladang ia dan menjadi salah satu pembuat arak yang teragung pada ketika itu.

Mitos greek purba.Hephaestus!!!

HEPHAESTUS, GOD OF BLACKSMITH AND EQIUPMENT
Dewa Hephaestus adalah salah satu dewa Olympus yang kelebihannya membuat senjata, perisai dan "equipment" seperti.pemegang tombak, sandles yang boleh terbang dan macam-macam lagi. Ia adalah anak kepada Zeus dan Hera dan mengikut berberapa Mitologi, ia adalah dewa yang unik di mana ia boleh menjadi sexual dan asexual di mana ia boleh melahirkan ramai dewa sepertinya. Disebabkan itu Hera mengeluarkannya dari Olympus.
Dalam mitologi juga. Ia senyap-senyap pergi ke Olympus dan membina satu istana besar dan dijadikan "kilang" membuat senjata dan perisai untuk dewa Ares dan Athena. Selain itu juga, ia turun ke bumi dan membuka kedai membuat senjata dan perisai untuk manusia. Ia adalah salah satu dewa terkenal yang disembah oleh zaman Tamadun Greek. Eventually, ia diterima semula untuk tinggal di Olympus dan menjadi salah satu dewa tertinggi di sana.
Zeus mengahwinkan Hephaestus dengan Aphrodite untuk mengelakkan dari sebarang penentangan dari Hera yang amat membencinya. Sungguhpun begitu, perkahwinannya tidak bertahan lama selepas dewi Aphrodite melakukan hubungan curang dengan 11 dewa yang lain. Disebabkan itu, ia bercerai dengan Aphrodite dan tinggal di Istananya membuat senjata dan perisai untuk manusia dan dewa. Apa jadi seterusnya tidak diketahui.

Selasa, 10 November 2015

Dewa Hades,GOD OF THE UNDERWORLD

HADES, GOD OF THE UNDRWORLD, DEATH AND EVILNESS.
Dewa Hades adalah salah satu Dewa Mitologi Greek Purba yang terkenal selain dari Zeus dan Poseidon. Ia bukan sahaja terkenal dalam Mitologi Greek sahaja, tetapi agama-agama lain dan juga agama Samawi yang menyatakan Syaitan adalah makhluk jahat yang akan masuk ke Neraka. Sama juga seperti Hades. Hades juga dikenali sebagai "outcast Olympian God" kerana walaupun ia adalah Dewa, tetapi tidak termasuk dalam organisasi gunung Olympus.
Mengikut kisah mitologi Greek Purba, Hades adalah anak sulung kepada Cronus dan Rhea. Tetapi di "rank" sebagai adik kerana kredibilitinya yang mempunyai jiwa yang jahat dalam dirinya, disebabkan itu, ayahnya meletakkan Zeus sebagai anak yang pertama. Hades juga membantu adik beradiknya iaitu Zeus, Poseidon, Demeter dan Hestia untuk menjatuhkan Cronus dan melantik Zeus sebagai ketua organisasi Olympus dan Hades sebagai orang kanan ia tetapi tidak lama kerana Hades melakukan satu "jenayah" di mana ia menghantar Ceberus (anjing tiga kepala) menyarang kawasan Athens dan membunuh ramai manusia. Motifnya ia membunuh kerana ingin melihat kematian. Zeus menghukum ia dan di haramkan selamanya untuk kembali ke bumi dan ke Gunung Olympus.
Hades tinggal di kawasan bawah tanah yang kelam dan menakutkan yang dikenali sebagai Erebus. Ia adalah kawasan yang gelap, sungai dan pokoknya bewarna hitam dan buah-buahan di pokok adalah panas dan bewarna hitam. Tanah di kawasan itu mengeluarkan api yang marak dan menjulang tinggi dan Hades duduk di pertengahan kawasan itu di dalam istana yang besar dan dipenuhi dengan darah manusia dan api yang marak. Di situ adalah tempat tinggal manusia yang melakukan kejahatan dan mereka akan tinggal di sana.
Di Erebus, terdapat 4 seksyen di mana penghuni kawasan Hades akan tinggal dalam penuh keperitan. Ia dibahagi 4 seksyen kerana kawasan ia amat besar, lebih besar dari Gunung Olympus. 4 seksyen iaitu:
1. Elysium
2. Asphodel
3. Meadows
4. Tartarus.
Mengikut mitologi juga, Hades tinggal di dalam "neraka" sambil menyeksa dan melayan penghuninya seperti hamba. Ia mempunyai seorang Isteri yang bernama Persephone. Well sort of isteri, kisahnya Hades mencuri Persephone dan dipaksa kahwin dengan ia. Selepas di tekan oleh Organisasi Olympus, Hades melepaskannya untuk bertemu dengan Ibunya, Demeter dalam waktu tertentu dan perlu pulang semula ke "neraka". Sehingga kini, ia tinggal di neraka melakukan tugasnya (mengikut mitologi Greek) dan menjadi salah satu Dewa terkenal dalam filem-filem dan siri yang mengaitkan dengan kisah mitologi Greek ini.

Ahad, 1 November 2015

Cinta segi tragik

X - FiIe - TRAGEDI CINTA 3 SEGI.
Utusan Malaysia pernah mewawancara bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Allahyarham Datuk Fauzi Shaari, antara pegawai yang terlibat secara langsung dalam siasatan kes pembunuhan seorang wanita, Salbiah Yeop Abdul Rahman di Pulau Pinang.
Kes ini cukup menggemparkan negara satu ketika dulu, ia berlaku pada 15 November 1980…ini kerana suspek kes itu adalah pegawai polis sendiri, Inspektor Saderi Abdul Samat yang ketika itu baru berusia 24 tahun.
Menurut Fauzi yang ketika itu berpangkat DSP, beliau mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan rakaman percakapan Saderi. Untuk rekod, mayat Salbiah yang juga seorang pekerja kilang ditemui dalam keadaan hampir reput dan setelah disiasat, pihaknya mendapat tahu arwah adalah kekasih Saderi.
Tetapi ketika itu Saderi sudah pun bertunang dengan seorang wanita lain, Rubiah Tijan.
Setelah soal siasat dibuat ke atas Saderi, pegawai polis itu mengaku telah menghamilkan Salbiah namun suspek berkata, bukan dia yang membunuh mangsa sebaliknya mangsa yang membunuh diri kerana malu dengan keadaan dirinya yang telah berbadan dua.
Menurut Saderi, dia terkejut bila balik ke rumahnya di Mes Pegawai Polis apabila menemui mangsa yang telah tergantung dengan leher yang terjerut.
Kerana bimbang dituduh membunuh Salbiah, Saderi telah menggunakan sebilah gunting untuk memotong tali nylon yang menjerut leher Salbiah untuk menurunkan mayat kekasihnya itu.
Saderi kemudian membawa mayat itu dan diletakkan di tempat duduk penumpang depan kereta yang dipinjam daripada rakannya, Inspektor Che Ibrahim Che Muda sebelum membuang mangsa di sebuah lurah bukit.
Tetapi semasa perbicaraan di mahkamah, ahli kimia, Hoong Seng Hong, dalam keterangannya pula menyatakan adalah mustahil untuk tubuh manusia seberat lebih 45 kilogram boleh tergantung pada paku yang patah pada alang dalam bilik air berkenaan.
Katanya, ujian yang dijalankan mendapati paku terbabit patah akibat ketukan biasa dan membengkok dan bukannya akibat menggantungkan objek seberat 45 kilogram.
Menurutnya, ujian yang dilakukan mendapati paku yang diketuk pada alang terbabit tidak berupaya menahan beban dan menjadi bengkok serta merta sebaik diletakkan beban seguni pasir seberat 45 kilogram
Ujian itu membabitkan penggunaan tiga batang paku sepanjang lima sentimeter setiap satu dengan ketebalan 2.7 milimeter.
Kayu pada alang itu juga keras dan memerlukan kekuatan untuk memakunya ketika dia memaku kira-kira dua sentimeter
“Daripada ujian yang saya lakukan, ianya tidak boleh berlaku. Ia tidak mungkin,” kata ahli kimia itu
Akhir sekali bicara punya bicara, Saderi didapati bersalah dan mahkamah berpendapat teori bunuh diri itu hanya helah Saderi untuk mengelak daripada tuduhan membunuh tersebut
Saderi akhirnya digantung sampai mati pada tahun 1984.
Menariknya kes ini, sampai ke sudah tiada saksi yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan tersebut, tali yang dikatakan menjerut leher Salbiah juga sampai ke sudah tidak ditemui.
Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman itu berdasarkan circumstantial evidence (bukti situasi) dan keterangan post mortem yang mengatakan Salbiah mati disebabkan “strangulation and not hanging.”
Berbalik kepada Fauzi, beliau mengatakan yang sampai saat akhir pun, Saderi masih tak mengaku membunuh Salbiah, dia tetap mengatakan yang Salbiah sendiri yang membunuh diri!
Begitu juga dengan pengakuan Saderi kepada ayahnya semasa Perjumpaan Terakhir bagi banduan Akhir, sehari sebeIum digantung ...
Ayah Saderi juga ada mengatakannya yang dia pernah bertanya ... “sebagai anak, ayah mahu kamu mengatakan perkara yang sebenar, apakah kamu membunuh wanita itu“ ... tanya ayah Saderi.
Saderi tetap mengatakan kepada bapanya yang dia tidak pernah membunuh SaIbiah.
Memang misteri sungguh kes pembunuhan

Sejarah Gincu/lipstick

Lipstik/gincu dipercayai mula di gunakan ketika zaman Cleopatra seorang Ratu terkenal dalam sejarah Mesir.beliau menhancurkan kumbang merah untuk memberi warna kemerahan kepada bibirnya.Gincu mulai terkenal pada abad ke 16 setelah Ratu Elizabeth 1&Wanita wanita bahagian kehakiman zaman itu menggunakan gincu dari campuran lilin lebah dan sulfida merkuri merah.pada zaman Arab Abbasiyah,tabib dan juga ahli kimia Islam iaitu Qasimm Al Zahwari menemui formula utk memberi kepadatan kepada gincu,haruman dan campuran lain dalam pembuatannya.penemuan itu dapat di baca di ensiklopedianya al tasrif.LipGloss terkenal bermula pada tahun 1930,oleh seorang make up artis popular iaitu MAX FACTOR..pada tahun 1950 evolusi GINCU  dikembangkan oleh Hazel Bishop ahli kimia dari Amerika yg menghasilkan gincu tahan lama,tidak merekah dan padanan warna yg sangat menarik....*tambahan sebelum 1770 parlimen Inggeris pernah mengharamkan penggunaan lipstik kerana ia dikaitkan dengan amalan sihir