HADES, GOD OF THE UNDRWORLD, DEATH AND EVILNESS.
Dewa Hades adalah salah satu Dewa Mitologi Greek Purba yang terkenal selain dari Zeus dan Poseidon. Ia bukan sahaja terkenal dalam Mitologi Greek sahaja, tetapi agama-agama lain dan juga agama Samawi yang menyatakan Syaitan adalah makhluk jahat yang akan masuk ke Neraka. Sama juga seperti Hades. Hades juga dikenali sebagai "outcast Olympian God" kerana walaupun ia adalah Dewa, tetapi tidak termasuk dalam organisasi gunung Olympus.
Mengikut kisah mitologi Greek Purba, Hades adalah anak sulung kepada Cronus dan Rhea. Tetapi di "rank" sebagai adik kerana kredibilitinya yang mempunyai jiwa yang jahat dalam dirinya, disebabkan itu, ayahnya meletakkan Zeus sebagai anak yang pertama. Hades juga membantu adik beradiknya iaitu Zeus, Poseidon, Demeter dan Hestia untuk menjatuhkan Cronus dan melantik Zeus sebagai ketua organisasi Olympus dan Hades sebagai orang kanan ia tetapi tidak lama kerana Hades melakukan satu "jenayah" di mana ia menghantar Ceberus (anjing tiga kepala) menyarang kawasan Athens dan membunuh ramai manusia. Motifnya ia membunuh kerana ingin melihat kematian. Zeus menghukum ia dan di haramkan selamanya untuk kembali ke bumi dan ke Gunung Olympus.
Hades tinggal di kawasan bawah tanah yang kelam dan menakutkan yang dikenali sebagai Erebus. Ia adalah kawasan yang gelap, sungai dan pokoknya bewarna hitam dan buah-buahan di pokok adalah panas dan bewarna hitam. Tanah di kawasan itu mengeluarkan api yang marak dan menjulang tinggi dan Hades duduk di pertengahan kawasan itu di dalam istana yang besar dan dipenuhi dengan darah manusia dan api yang marak. Di situ adalah tempat tinggal manusia yang melakukan kejahatan dan mereka akan tinggal di sana.
Di Erebus, terdapat 4 seksyen di mana penghuni kawasan Hades akan tinggal dalam penuh keperitan. Ia dibahagi 4 seksyen kerana kawasan ia amat besar, lebih besar dari Gunung Olympus. 4 seksyen iaitu:
1. Elysium
2. Asphodel
3. Meadows
4. Tartarus.
Mengikut mitologi juga, Hades tinggal di dalam "neraka" sambil menyeksa dan melayan penghuninya seperti hamba. Ia mempunyai seorang Isteri yang bernama Persephone. Well sort of isteri, kisahnya Hades mencuri Persephone dan dipaksa kahwin dengan ia. Selepas di tekan oleh Organisasi Olympus, Hades melepaskannya untuk bertemu dengan Ibunya, Demeter dalam waktu tertentu dan perlu pulang semula ke "neraka". Sehingga kini, ia tinggal di neraka melakukan tugasnya (mengikut mitologi Greek) dan menjadi salah satu Dewa terkenal dalam filem-filem dan siri yang mengaitkan dengan kisah mitologi Greek ini.
Selasa, 10 November 2015
Dewa Hades,GOD OF THE UNDERWORLD
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan