DIONYSUS GOD OF WINE,BOOZE AND THEATRE.
Dewa Dionysus adalah dewa membuat arak, wayang dan menumbuhkan buah anggur. Mengikut sejarah Greek Purba, Dewa ini disembah oleh ramai rakyat kerana pada ketika itu buah anggur dan arak adalah benda yang WAJIB untuk makan dan minum kerana buah anggur simbol ketenangan da arak adalah "Ubat segala masalah". Beliau juga adalah Dewa yang memberikan penyakit gila kepada orang.
Mengikut Mitologi, ibu bapa Dionysus adalah Manusia dan Dewa. Ibunya seorang manusia yang bernama Semele dan bapanya ialah Dewa yang bernama Zeus. Ketika Semele mengandungkan Dionysus, Hera, isteri Zeus cemburu dengan Semele kerana Zeus menyayanginya (Mengikut Mitologi, Zeus menyamar menjadi manusia). Disebabkan cemburu, Hera membunuh Semele. Zeus amat sedih dengan pembunuhan tersebut, dan ia mengambil janin dalam perut mayat Semele dan menghidupkan ia. Lalu bayi itu hidup dan sihat, Zeus menamakan Dionysus.
Apabila ia sudah dewasa, ia mencipta buah anggur dan arak sebagai ketenangan dan penyelesai masalah.Ia adalah salah satu Dewa yang berinteraksi secara terus dengan orang yang menyembahnya. Contoh, apabila orang berdoa dengan menyebut namanya, Ia akan datang dan membantu. Ada salas satu kisah Mitologi yang menceritakan kisah King Midas inginkan kuasa mengubah segalanya menjadi emas, Dionysus mengkabulkan doanya, tetapi ia agak menyesal kerana permintaan King Midas agak bodoh dan bukan jenis hajat masa panjang. Fair enough, King Midas menyesal dengan hajatnya kerana apa sahaja yang disentuh olehnya menjadi emas sehinggakan anaknya sendiri menjadi emas. Jadi King Midas berdoa kepada Dionysus untuk menghilangkan semula kuasa emasnya. Dionysus kabulkan doanya dengan menyuruh King Midas mandi di dalam Sungai Pactolus. King Midas lakukan dan disebabkan itu, kesemua kuasanya pergi ke dalam sungai dan akhirnya pasir sungai itu menjadi emas. (Sungai Pactolus adalah sungai yang wujud di Turki dan menjadi salah satu tempat galian Turki di mana dalam sungai tersebut banyak emas)
Dewa Dionysus berkahwin dengan Aphrodite dan mendapat 3 orang anak, ia juga berkahwin dengan berberapa isteri yang lain. Mengikut kisah mitologi, dewa Dionysus keluar dari kerajaan Olympus dan menjadi seorang manusia biasa dan membuka ladang anggur dan kilang pembuat arak di seluruh Tamadun Greek Purba. Ia sentiasa akan menjaga ladang ia dan menjadi salah satu pembuat arak yang teragung pada ketika itu.
Rabu, 11 November 2015
Dionysus dewa ANGGUR!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan