ARTEMIS, GODDESS OF HUNT, FOREST,MOON AND HILLS
Artemis adalah dewa memburu, hutan, bulan dan gunung/bukit dalam Greek/Turkish Mitologi. Mengikut dalam kisah-kisah Mitologi, Artemis adalah dewa yang tidak kahwin dan anak dara. Simbolnya ialah seekor rusa dan bulan sabit. Artemis adalah adik kembar Apollo dan ia adalah salah satu dewa yang kuat dan pantas jika ia berperang, ini terbukti dalam kisah Perang Trojan.
Ibu bapa Artemis ialah Dewa Zeus dan Leto dan abangnya ialah Apollo, kembar tidak seiras. Ada pendapat menyatakan bahawa Apollo yang lahir dulu baru Artemis, tetapi ada yang berpendapat Artemis lahir dulu baru Apollo. tetapi majoriti kajian Mitologi bersetuju bahawa Apollo adalah abang dan Artemis adalah adik. Semasa kecil, Zeus melihat kehebatan dan sifat agresif Artemis yang jenis mempertahankan abangnya yang agak lembut jiwanya berbanding dengan Artemis. Mengikut Mitlogi, Artemis dan Apollo diturunkan ke bumi untuk mengelak dari dibunuh oleh Hera, isteri pertama Zeus yang cemburu dengan kembar tersebut selepas mendapat ramalan bahawa kembar ini boleh mengalahkan dewa lain untuk membina era baru (Which is never happened kerana kisah mitologi Greek purba terhenti selepas jatuhnya Tamadun Greek Purba. Jadi tiada siapa tahu apa jadi selepasnya)
Balik pada kisah Artemis, ia mempunyai kelebihan untuk memanah, sama seperti abangnya Apollo dan mereka akan berlatih memanah dan menunjukkan siapa lebih hebat dan cekap sasarannya. Walaupun mereka berdua mempunyai minat memanah, tetapi mereka mempunyai minat tersendiri, Artemis suka tinggal di dalam hutan dan kawasan bukit dan menjinakkan binatang-binatang buas di dalam hutan sedangkan Apollo lebih kepada seni dan muzik. Artemis adalah salah satu dewa yang tidak berkahwin dan masih dara. Ia pernah bercinta dengan Orion, Dewa memburu tetapi di bunuh oleh Gaia, musuhnya. Ia tidka sempat berkahwin dengan Orion. Dalam berberapa buku Mitologi, beliau hampir dirogol oleh Alpheus, Dewa sungai, tetapi kebijaksanaan Artemis dengan menggunakan lumpur sungai dan meletakkan ke mukanya untuk kelihatan buruk membuatkan Alpheus tidak merogolnya .Bouphagos, salah satu Titan, ingin membunuh Artemis kerana membalas dendam dengan keluarga Zeus, tetapi Artemis dengan mudah mengalahkan ia di Gunung Pholoe.
Dalam perang Trojan, Artemis mempertahankan Troy kerana abangnya, Apolllo juga adalah salah seorang rakyat Troy. Dalam perang Trojan tersebut, Artemis bertemu dengan Hera, isteri pertama Zeus dan mereka berlawan. Artemis tidak dapat mengalahkan Hera dan hampir dibunuh oleh Hera dan ibu Artemis, Leto sampai menyelamatkan Artemis. Leto berlawan dengan Hera dan Hera kalah. Hera melarikan diri dan perang Trojan tamat. Selepas tamatnya perang Trojan, Artemis mengambil keputusan untuk tinggal di dalam hutan dan sehingga sekarang, ia masih berlegar di dalam hutan somewhere di dalam dunia ini. Tiada siapa tahu di manakah ia.
Sabtu, 31 Oktober 2015
ARTEMIS lagenda Dewa Purba Greece
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan