Sabtu, 31 Oktober 2015

THE CONJURE CHEST

150 tahun yang lalu, seorang bangsawan bernama Jacob Cooley menyuruh salah seorang hambanya, Hosea (berbangsa African-American) untuk mengukir sebuah kotak Muzik untuk anaknya yang bakal lahir dalam masa berberapa bulan. Jadi Hosea membuat kotak tersebut dan siap. Tetapi tidak dipastikan apa sebabnya, Jacob Cooley tidak suka dengan kotak tersebut lalu membelasah Hosea sampai mati.
Disebabkan itu, hamba-hamba Cooley yang lain membalas dendam dengan membuat ilmu sihir dengan menyembelih burung hantu dan darah ia mengalir di atas dan di dalam kotak lalu kotak itu menjadi "Curse" dan hantu itu dikenali sebagai "The Conjure Ghost" (Conjure bermaksud sesuatu yang muncul secara tiba-tiba atau sesuatu fenomena terjadi tanpa diduga. Contoh ayat: A Magician Conjure his cigarette out of the air bermakna si ahli silap mata tiba-tiba membuatkan putung rokok terbang ke udara. Lebih kurang macam tu la).
Fair enough, sepanjang kotak itu disembunyikan dalam rumahi, banyak kejadian pelik berlaku dengan keluarga Jacob Cooley, salah satu kes, anak pertamanya meninggal dunia, secara tiba-tiba seminit selepas di lahirkan, saudara mara Cooley secara tiba-tiba membunuh sesama sendiri dan Jacob Cooley membunuh diri dengan terjun dari sebuah jambatan. Rumah Jacob Cooley dibiarkan terbengkalai sehingga 20 tahun kemudian apabila salah seorang kontraktor menjumpai kotak ini tersembunyi di bilik bawah tanah dan apabila dia membawa balik, keluarga kontraktor itu tiba-tiba menjadi "gila" sehingga mereka membunuh sama sendiri. Sepanjang kotak itu berada dianggarkan hampir 60 orang mati disebabkan sumpahan kotak itu dan kesemuanya mati dengan keadaan paling tragik. Tetapi pada awal 1920-an, kotak ini "disembuhkan" oleh pawang dan disimpan dalam Muzium Sejarah Kentucky di Frankfort, Kentucky dan ia masih ada disitu sehingga kini.
Walaupun ia masih di dalam muzium, terdapat banyak laporan-laporan pengunjung menyatakan mereka terdengar bunyi pekikan di dalam kotak tersebut dan ada yang menyatakan, mereka ternampak kotak itu bergetar seperti ada sesuatu terkurung di dalam kotak tersebut. Kemungkinan "The conjure ghost" masih ada di dalam itu, hauskan darah manusia!
PS: Anda pernah tonton filem Sinister 1 dan 2? Filem itu sebenarnya di adaptasi dari kisah kotak misteri ini dan di editkan sedikit ceritanya. Bukankah Filem itu menunjukkan mereka menemui kotak Filem dan apabila mereka tengok, kesemuanya mati kecuali seorang dari keluarga yang mati itu di culik oleh hantu Bughuul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan