Sabtu, 31 Oktober 2015

Misteri Patung Annabelle

Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll dari kedai barangan lama. Anak patung itu dibeli untuk dihadiahkan kepada anaknya iaitu Donna bersempena dengan hari lahirnya.
Pada masa itu, Donna merupakan pelajar di kolej yang bersedia untuk menerima kelulusan ijazah kejururawatan. Donna tinggal disebuah pangsapuri kecil bersama kawannya, Angie. Patung yang dihadiahkan ibu Donna telah dijadikan sebagai perhiasan biliknya dan diletakkan diatas katil. Tiada apa-apa perasaan pelik yang dirasai.
Sehinggalah beberapa hari kemudian Donna dan Angie merasakan sesuatu yang pelik dan menyeramkan mengenai patung Annabelle tu. Anak patung tu seolah-olah bergerak dengan sendirinya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Kadang-kadang mereka menjumpai anak patung itu dalam keadaan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh. Kadang-kadang juga mereka temui anak patung itu dalam keadaan berdiri dan bersandar diatas kerusi meja makan.
Setiap hari, sebelum pergi ke kerja, Donna meletakkan anak patung diatas sofa. Tetapi apabila pulang, dia terpaksa mencarinya di biliknya, diatas katil dengan pintu yang tertutup rapi.
Pada suatu malam, Donna pulang dari tempat kerja dan mencari patung Annabelle. Ternyata tiada! Malah Donna menjumpai patung tersebut diatas katilnya.
Donna mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu. Rasa takut menyelubungi diri Donna ketika itu. Ketika memeriksa patung tersebut Donna mendapati terdapat kesan seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan patung itu sendiri dibelakang tangan dan dada. Setelah merasa terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar.
Tidak lama kemudian, penyiasat terkenal telah menghubungi mereka dan Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins. Annabelle ialah seorang gadis muda yang tinggal di sebuah kawasan sebelum pangsapuri dibina. Annabelle berusia 7 tahun semasa mayatnya dijumpai dalam pangsapuri tersebut. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke dalam anak patung itu.
Anak patung tersebut dikatakan berpuaka. Roh budak yang mati dibunuh telah melekat pada anak patung tersebut sehingga membunuh seorang daripada rakan Donna dan Angie.
Sehingga kini, anak patung Annabelle disimpan rapi dan tidak boleh dikeluarkan atau disentuh oleh sesiapapun walaupun kotak tempat simpanannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan