PEREBUTAN AQUI DIVISION (1943)
Perebutan Aqui Division adalah salah satu pembunuhan beramai ketika dalam perang dunia kedua (1939-1945). Aqui Dvision ni berada di kepulauan Cephalonia di Greece pada tahun 1943, Soviet dan Italy membuat perjanjian dengan Soviet untuk membahagikan bahagian mereka di Balkan. Italy mendapat bahagian Greece, Bulgaria dan kawasan Albania dan Soviet mendapat Romania, Ukraine, Yugoslavia, Bosnia dan seluruh timur eropah yang lain. Kepulauan Ionian di Greece adalah garisan sempadan antara dua angkatan besar.
Seperti yang kita tahu, Italy, Japan dan Germany adalah satu Allies menentang Soviet. Mereka dapat menawan bahagian Soviet semasa perang dunia kedua dan dengan kekuatan tentera Fuhrer Adolph Hitler dan kerjasama askar Italy, mereka fikir mereka dapat jatuhkan Soviet pada perang dunia kedua. Tetapi....
Pada tahun 1943, Italy mengambil keputusan untuk menyokong askar Soviet dan menentang Nazi Germany mengakibatkan Adolf Hitler menangkap hampir kesemua askar-askar Italy yang berkubu di pulau Ionian, Greece dan menyeksa dan menanan mereka hidup-hidup. Pembunuhan itu menyebabkan Soviet bertindak menyerang pulau Ionian dan askar German berundur dalam masa berberapa hari. Berberapa hari selepas itu, Soviet berjaya menawan semula seluruh Timur Eropah dan mula mengorak langkah ke Berlin. Dengan arahan Adolf Hitler, tentera German menyerang Greece untuk menawan semula kepulauan Cephalonia atau dikenali sebagai Aqui Division. Perebutan kawasan itu berterusan sehingga perang dunia ke dua tamat pada tahun 1945.
Hasilnya, 5,500- 16,000 orang terbunuh dan kebanyakannya askar Italy di mana mereka diseksa dan dibunuh atau ditanam hidup-hidup oleh askar Nazi dan 3,000 askar Italy lemas ketika kapal Nazi yang membawa askar Italy ke German untuk perbicaraan diserang askar Soviet dengan menggunakan missile. Pembunuhan beramai-ramai ini adalah salah satu pembunuhan terburuk dalam sejarah Perang dunia kedua.
PakcikYAN
Selamat datang ke zon bacaan pelbagai maklumat anda..
Ahad, 22 November 2015
Pembunuhan Aqui Division
Misteri suitcase yg menyeramkan di hospital Willard New York
Hospital Sakit jiwa Willard, di New York adalah salah satu hospital sakit jiwa yang dibina pada awal abad ke-20. Ia beroperasi sebagai hospital sakit jiwa sehingga ia ditutup pada tahun 1995 dan dibuka dua tahun kemudian menjadi tempat rehabilitasi penagih dadah. Di hospital ini hampir banyak kes hantu atau paranormal terjadi. Salah satunya penemuan suitcase di bahagian loteng hospital.
Pada tahun 1995, pekerja hospital menemui 500 suitcase di loteng dan kesemuanya adalah milik pesakit-pesakit dari tahun 1910-1960. Lebih menyeramkan, kesemua pesakit di dalam hospital ini tidak dibenarkan keluar dari hospital dan kesemua pesakit semuanya meninggal dunia di hospital ini dan mereka di tanam bersebelahan dengan bangunan tanpa bernama. Penemuan suitcase ini membutikan bahawa kesemua pesakit tidak pernah keluar dari hospital tersebut.
Ada berberapa laporan bersurat, ada ramai pesakit di "penjarakan" di hospital ini kerana sawan, gila dan juga menjadi gila kerana dikurung di hospital ini. Ramai pesakit di tahan di dalam hospital ini selama 30 tahun dan ada yang ditahan sepajang hidupnya. Penemuan suitcase di loteng hospital membuktikannya. Kesmeua barang masih bolh digunakan dengan baik dan tidak reput. Kini, hospital ini ditutup dan dijadikan tempat rehabilitasi penagih dadah dan mendapat banyak laporan paranormal berlaku di hospital in
Dewi Hera,dewa mitos greek
HERA, GODDESS OF MARRIAGE, WOMEN, CHILDBIRTH AND FAMILY
Dewi Hera adalah salah satu Dewi Mitologi Greek yang agak terkenal. Ia dikenali sebagai Pemaisuri segala wanita, perkahwinan, jodoh, keluarga dan melahirkan anak. Ia adalah Isteri Dewa Zeus dan juga ketua seluruh wanita di bumi ini sama ada Dewi-dewi lain ataupun wanita dan perempuan manusia. Simbol ia ialah Burung merak dan burung merpati.
Mengikut Mitologi Greek, Dewi Hera adalah dewi yang amat kuat. Ia boleh berlawan dan juga membunuh sesiapa sahaja yang menentang ia, ia juga amat cemburu dengan gundik-gundik Zeus dan kebanyakannya cuba membunuh ataupun menghalau gundik-gundik Zeus keluar dari Olympus. Ia juga adalah ibu kepada Hercules, salah seorang demi-God yang diturunkan ke bumi untuk mengelakkan ia dari dibunuh oleh Hades. Walaupun ia mempunyai "skill" dalam berlawan dan berperang, ia dikalahkan oleh dewi Athena dalam satu lawan satu ketika dewi Hera tidak berpuas hati dengan Athena yang seorang manusia yang lemah di jadikan Dewi atas kebenaran Zeus. Selepas kekalahan tersebut, Dewi Hera mengiktiraf Athena sebagai salah satu dewa yang berpangkat tinggi di Olympus.
Ia juga menghalau Dewi Aphrodite kerana melakukan curang dengan Zeus dan juga mengkhianati perjanjian ia dengan Hephaestus. Ia juga membunuh dan membinasakan manusia yang menentang ia ketika ia memilihkan jodoh dan mengahwinkan manusia tersebut. (Saya kenal Dewi Hera ini dalam kartun Disney Hercules, dalam kartun tersebut, Dewi Hera melakukan "Opposite" dengan kisah Mitologi sebenar Hera. So, jika anda memikir, dewi Hera adalah seorang yang "Motherly" dan "Soft spoken God". Anda silap sama sekali.)
Ia juga yang bertanggungjawab mengahwinkan Hercules dengan sorang wanita manusia di Athens (Ada banyak versinya, wanita itu dinamakan Megan, ada yang menyatakan adalah Morgan, ada juga yang menyatakan Myrthil dan macam-macam lagi.) Dewi ini amat cantik dan jelita. Ia adalah seorang yang setia dna tidak pernah melakukan curang terhadap Zeus. (Zeus yang curang. Adey) Dewi Hera juga adalah salah satu Dewi yang membantu Zeus, Poseidon dan Hades menewaskan Cronus dan membuka pentadbiran Olympus. Kisah Dewi Hera ini banyak mengisahkan dendam dan cemburu disebabkan kecurangan dan kesilapan yang dilakukan oleh Zeus. Kemungkinnan Penulis yang menceritakan Mitologi ini menyatakan setialah pada pasangan anda, kerana jika anda curang, ia akan menjadi lebih teruk. Ini hanyalah teori semata-mata tapi ia kisah Dewi Hera ini agak menarik kerana banyak kisahnya yang penuh dengan cemburu dan sifat Curang Zeus yang ketara.
Rabu, 11 November 2015
Dionysus dewa ANGGUR!!!
DIONYSUS GOD OF WINE,BOOZE AND THEATRE.
Dewa Dionysus adalah dewa membuat arak, wayang dan menumbuhkan buah anggur. Mengikut sejarah Greek Purba, Dewa ini disembah oleh ramai rakyat kerana pada ketika itu buah anggur dan arak adalah benda yang WAJIB untuk makan dan minum kerana buah anggur simbol ketenangan da arak adalah "Ubat segala masalah". Beliau juga adalah Dewa yang memberikan penyakit gila kepada orang.
Mengikut Mitologi, ibu bapa Dionysus adalah Manusia dan Dewa. Ibunya seorang manusia yang bernama Semele dan bapanya ialah Dewa yang bernama Zeus. Ketika Semele mengandungkan Dionysus, Hera, isteri Zeus cemburu dengan Semele kerana Zeus menyayanginya (Mengikut Mitologi, Zeus menyamar menjadi manusia). Disebabkan cemburu, Hera membunuh Semele. Zeus amat sedih dengan pembunuhan tersebut, dan ia mengambil janin dalam perut mayat Semele dan menghidupkan ia. Lalu bayi itu hidup dan sihat, Zeus menamakan Dionysus.
Apabila ia sudah dewasa, ia mencipta buah anggur dan arak sebagai ketenangan dan penyelesai masalah.Ia adalah salah satu Dewa yang berinteraksi secara terus dengan orang yang menyembahnya. Contoh, apabila orang berdoa dengan menyebut namanya, Ia akan datang dan membantu. Ada salas satu kisah Mitologi yang menceritakan kisah King Midas inginkan kuasa mengubah segalanya menjadi emas, Dionysus mengkabulkan doanya, tetapi ia agak menyesal kerana permintaan King Midas agak bodoh dan bukan jenis hajat masa panjang. Fair enough, King Midas menyesal dengan hajatnya kerana apa sahaja yang disentuh olehnya menjadi emas sehinggakan anaknya sendiri menjadi emas. Jadi King Midas berdoa kepada Dionysus untuk menghilangkan semula kuasa emasnya. Dionysus kabulkan doanya dengan menyuruh King Midas mandi di dalam Sungai Pactolus. King Midas lakukan dan disebabkan itu, kesemua kuasanya pergi ke dalam sungai dan akhirnya pasir sungai itu menjadi emas. (Sungai Pactolus adalah sungai yang wujud di Turki dan menjadi salah satu tempat galian Turki di mana dalam sungai tersebut banyak emas)
Dewa Dionysus berkahwin dengan Aphrodite dan mendapat 3 orang anak, ia juga berkahwin dengan berberapa isteri yang lain. Mengikut kisah mitologi, dewa Dionysus keluar dari kerajaan Olympus dan menjadi seorang manusia biasa dan membuka ladang anggur dan kilang pembuat arak di seluruh Tamadun Greek Purba. Ia sentiasa akan menjaga ladang ia dan menjadi salah satu pembuat arak yang teragung pada ketika itu.
Mitos greek purba.Hephaestus!!!
HEPHAESTUS, GOD OF BLACKSMITH AND EQIUPMENT
Dewa Hephaestus adalah salah satu dewa Olympus yang kelebihannya membuat senjata, perisai dan "equipment" seperti.pemegang tombak, sandles yang boleh terbang dan macam-macam lagi. Ia adalah anak kepada Zeus dan Hera dan mengikut berberapa Mitologi, ia adalah dewa yang unik di mana ia boleh menjadi sexual dan asexual di mana ia boleh melahirkan ramai dewa sepertinya. Disebabkan itu Hera mengeluarkannya dari Olympus.
Dalam mitologi juga. Ia senyap-senyap pergi ke Olympus dan membina satu istana besar dan dijadikan "kilang" membuat senjata dan perisai untuk dewa Ares dan Athena. Selain itu juga, ia turun ke bumi dan membuka kedai membuat senjata dan perisai untuk manusia. Ia adalah salah satu dewa terkenal yang disembah oleh zaman Tamadun Greek. Eventually, ia diterima semula untuk tinggal di Olympus dan menjadi salah satu dewa tertinggi di sana.
Zeus mengahwinkan Hephaestus dengan Aphrodite untuk mengelakkan dari sebarang penentangan dari Hera yang amat membencinya. Sungguhpun begitu, perkahwinannya tidak bertahan lama selepas dewi Aphrodite melakukan hubungan curang dengan 11 dewa yang lain. Disebabkan itu, ia bercerai dengan Aphrodite dan tinggal di Istananya membuat senjata dan perisai untuk manusia dan dewa. Apa jadi seterusnya tidak diketahui.
Selasa, 10 November 2015
Dewa Hades,GOD OF THE UNDERWORLD
HADES, GOD OF THE UNDRWORLD, DEATH AND EVILNESS.
Dewa Hades adalah salah satu Dewa Mitologi Greek Purba yang terkenal selain dari Zeus dan Poseidon. Ia bukan sahaja terkenal dalam Mitologi Greek sahaja, tetapi agama-agama lain dan juga agama Samawi yang menyatakan Syaitan adalah makhluk jahat yang akan masuk ke Neraka. Sama juga seperti Hades. Hades juga dikenali sebagai "outcast Olympian God" kerana walaupun ia adalah Dewa, tetapi tidak termasuk dalam organisasi gunung Olympus.
Mengikut kisah mitologi Greek Purba, Hades adalah anak sulung kepada Cronus dan Rhea. Tetapi di "rank" sebagai adik kerana kredibilitinya yang mempunyai jiwa yang jahat dalam dirinya, disebabkan itu, ayahnya meletakkan Zeus sebagai anak yang pertama. Hades juga membantu adik beradiknya iaitu Zeus, Poseidon, Demeter dan Hestia untuk menjatuhkan Cronus dan melantik Zeus sebagai ketua organisasi Olympus dan Hades sebagai orang kanan ia tetapi tidak lama kerana Hades melakukan satu "jenayah" di mana ia menghantar Ceberus (anjing tiga kepala) menyarang kawasan Athens dan membunuh ramai manusia. Motifnya ia membunuh kerana ingin melihat kematian. Zeus menghukum ia dan di haramkan selamanya untuk kembali ke bumi dan ke Gunung Olympus.
Hades tinggal di kawasan bawah tanah yang kelam dan menakutkan yang dikenali sebagai Erebus. Ia adalah kawasan yang gelap, sungai dan pokoknya bewarna hitam dan buah-buahan di pokok adalah panas dan bewarna hitam. Tanah di kawasan itu mengeluarkan api yang marak dan menjulang tinggi dan Hades duduk di pertengahan kawasan itu di dalam istana yang besar dan dipenuhi dengan darah manusia dan api yang marak. Di situ adalah tempat tinggal manusia yang melakukan kejahatan dan mereka akan tinggal di sana.
Di Erebus, terdapat 4 seksyen di mana penghuni kawasan Hades akan tinggal dalam penuh keperitan. Ia dibahagi 4 seksyen kerana kawasan ia amat besar, lebih besar dari Gunung Olympus. 4 seksyen iaitu:
1. Elysium
2. Asphodel
3. Meadows
4. Tartarus.
Mengikut mitologi juga, Hades tinggal di dalam "neraka" sambil menyeksa dan melayan penghuninya seperti hamba. Ia mempunyai seorang Isteri yang bernama Persephone. Well sort of isteri, kisahnya Hades mencuri Persephone dan dipaksa kahwin dengan ia. Selepas di tekan oleh Organisasi Olympus, Hades melepaskannya untuk bertemu dengan Ibunya, Demeter dalam waktu tertentu dan perlu pulang semula ke "neraka". Sehingga kini, ia tinggal di neraka melakukan tugasnya (mengikut mitologi Greek) dan menjadi salah satu Dewa terkenal dalam filem-filem dan siri yang mengaitkan dengan kisah mitologi Greek ini.
Ahad, 1 November 2015
Cinta segi tragik
X - FiIe - TRAGEDI CINTA 3 SEGI.
Utusan Malaysia pernah mewawancara bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Allahyarham Datuk Fauzi Shaari, antara pegawai yang terlibat secara langsung dalam siasatan kes pembunuhan seorang wanita, Salbiah Yeop Abdul Rahman di Pulau Pinang.
Kes ini cukup menggemparkan negara satu ketika dulu, ia berlaku pada 15 November 1980…ini kerana suspek kes itu adalah pegawai polis sendiri, Inspektor Saderi Abdul Samat yang ketika itu baru berusia 24 tahun.
Menurut Fauzi yang ketika itu berpangkat DSP, beliau mengambil masa tiga jam untuk menyiapkan rakaman percakapan Saderi. Untuk rekod, mayat Salbiah yang juga seorang pekerja kilang ditemui dalam keadaan hampir reput dan setelah disiasat, pihaknya mendapat tahu arwah adalah kekasih Saderi.
Tetapi ketika itu Saderi sudah pun bertunang dengan seorang wanita lain, Rubiah Tijan.
Setelah soal siasat dibuat ke atas Saderi, pegawai polis itu mengaku telah menghamilkan Salbiah namun suspek berkata, bukan dia yang membunuh mangsa sebaliknya mangsa yang membunuh diri kerana malu dengan keadaan dirinya yang telah berbadan dua.
Menurut Saderi, dia terkejut bila balik ke rumahnya di Mes Pegawai Polis apabila menemui mangsa yang telah tergantung dengan leher yang terjerut.
Kerana bimbang dituduh membunuh Salbiah, Saderi telah menggunakan sebilah gunting untuk memotong tali nylon yang menjerut leher Salbiah untuk menurunkan mayat kekasihnya itu.
Saderi kemudian membawa mayat itu dan diletakkan di tempat duduk penumpang depan kereta yang dipinjam daripada rakannya, Inspektor Che Ibrahim Che Muda sebelum membuang mangsa di sebuah lurah bukit.
Tetapi semasa perbicaraan di mahkamah, ahli kimia, Hoong Seng Hong, dalam keterangannya pula menyatakan adalah mustahil untuk tubuh manusia seberat lebih 45 kilogram boleh tergantung pada paku yang patah pada alang dalam bilik air berkenaan.
Katanya, ujian yang dijalankan mendapati paku terbabit patah akibat ketukan biasa dan membengkok dan bukannya akibat menggantungkan objek seberat 45 kilogram.
Menurutnya, ujian yang dilakukan mendapati paku yang diketuk pada alang terbabit tidak berupaya menahan beban dan menjadi bengkok serta merta sebaik diletakkan beban seguni pasir seberat 45 kilogram
Ujian itu membabitkan penggunaan tiga batang paku sepanjang lima sentimeter setiap satu dengan ketebalan 2.7 milimeter.
Kayu pada alang itu juga keras dan memerlukan kekuatan untuk memakunya ketika dia memaku kira-kira dua sentimeter
“Daripada ujian yang saya lakukan, ianya tidak boleh berlaku. Ia tidak mungkin,” kata ahli kimia itu
Akhir sekali bicara punya bicara, Saderi didapati bersalah dan mahkamah berpendapat teori bunuh diri itu hanya helah Saderi untuk mengelak daripada tuduhan membunuh tersebut
Saderi akhirnya digantung sampai mati pada tahun 1984.
Menariknya kes ini, sampai ke sudah tiada saksi yang boleh dikaitkan dengan pembunuhan tersebut, tali yang dikatakan menjerut leher Salbiah juga sampai ke sudah tidak ditemui.
Mahkamah hanya menjatuhkan hukuman itu berdasarkan circumstantial evidence (bukti situasi) dan keterangan post mortem yang mengatakan Salbiah mati disebabkan “strangulation and not hanging.”
Berbalik kepada Fauzi, beliau mengatakan yang sampai saat akhir pun, Saderi masih tak mengaku membunuh Salbiah, dia tetap mengatakan yang Salbiah sendiri yang membunuh diri!
Begitu juga dengan pengakuan Saderi kepada ayahnya semasa Perjumpaan Terakhir bagi banduan Akhir, sehari sebeIum digantung ...
Ayah Saderi juga ada mengatakannya yang dia pernah bertanya ... “sebagai anak, ayah mahu kamu mengatakan perkara yang sebenar, apakah kamu membunuh wanita itu“ ... tanya ayah Saderi.
Saderi tetap mengatakan kepada bapanya yang dia tidak pernah membunuh SaIbiah.
Memang misteri sungguh kes pembunuhan
Sejarah Gincu/lipstick
Lipstik/gincu dipercayai mula di gunakan ketika zaman Cleopatra seorang Ratu terkenal dalam sejarah Mesir.beliau menhancurkan kumbang merah untuk memberi warna kemerahan kepada bibirnya.Gincu mulai terkenal pada abad ke 16 setelah Ratu Elizabeth 1&Wanita wanita bahagian kehakiman zaman itu menggunakan gincu dari campuran lilin lebah dan sulfida merkuri merah.pada zaman Arab Abbasiyah,tabib dan juga ahli kimia Islam iaitu Qasimm Al Zahwari menemui formula utk memberi kepadatan kepada gincu,haruman dan campuran lain dalam pembuatannya.penemuan itu dapat di baca di ensiklopedianya al tasrif.LipGloss terkenal bermula pada tahun 1930,oleh seorang make up artis popular iaitu MAX FACTOR..pada tahun 1950 evolusi GINCU dikembangkan oleh Hazel Bishop ahli kimia dari Amerika yg menghasilkan gincu tahan lama,tidak merekah dan padanan warna yg sangat menarik....*tambahan sebelum 1770 parlimen Inggeris pernah mengharamkan penggunaan lipstik kerana ia dikaitkan dengan amalan sihir
Sabtu, 31 Oktober 2015
GUNUNG BERAPI TAWAU???!!!
Mungkin agak mustahil jika ada orang berkata di Malaysia ada gunung berapi. Tapi itulah realitinya. Di Malaysia memang ada bekas gunung berapi yang sudah berusia kira-kira 27,000 tahun. Gunung berapi ini terletak di Bombalai di daerah Tawau Sabah. Nama gunung ini adalah Gunung Maria dengan ketinggian 1,067 meter dari paras laut. Ia adalah daripada jenis gunung berapi "Pyroclastic Cone" dan berstatus "PreHolecene" iaitu gunung berapi yang berusia lebih daripada 12,000 tahun (keatas).
Gambar di atas adalah batu volkanik yang di temui di Sungai Balung Tawau berdekatan dengan perkampungan suku kaum Cocos. Batuan basalt ini terbentuk selepas letupan volkanik Gunung Maria iaitu gunung yang tertinggi di Tawau yang terletak di kawasan Taman Bukit Tawau (Table).
Batu jenis ini juga tidak ditemui di mana-mana kawasan di Malaysia, hanya terdapat di Tawau menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang telah datang meninjau bagi mengesahkan keunikan batu tersebut.
Sekali melihat dan mengetahui terdapat bekas gunung berapi di Tawau, sedikit agak menakutkan. Maklumlah sebelum ini umum mengetahui negara ini bebas daripada lingkaran api atau gunung berapi tetapi hakikatnya ia pernah terjadi sejak ribuan tahun dahulu. Namun, sebagai warga Tawau, kita harus berbangga kerana dapat menyaksikan dan mengalami kejadian batu unik ini dan pasca fenomena ini secara tidak langsung
Misteri Patung Annabelle
Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll dari kedai barangan lama. Anak patung itu dibeli untuk dihadiahkan kepada anaknya iaitu Donna bersempena dengan hari lahirnya.
Pada masa itu, Donna merupakan pelajar di kolej yang bersedia untuk menerima kelulusan ijazah kejururawatan. Donna tinggal disebuah pangsapuri kecil bersama kawannya, Angie. Patung yang dihadiahkan ibu Donna telah dijadikan sebagai perhiasan biliknya dan diletakkan diatas katil. Tiada apa-apa perasaan pelik yang dirasai.
Sehinggalah beberapa hari kemudian Donna dan Angie merasakan sesuatu yang pelik dan menyeramkan mengenai patung Annabelle tu. Anak patung tu seolah-olah bergerak dengan sendirinya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Kadang-kadang mereka menjumpai anak patung itu dalam keadaan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh. Kadang-kadang juga mereka temui anak patung itu dalam keadaan berdiri dan bersandar diatas kerusi meja makan.
Setiap hari, sebelum pergi ke kerja, Donna meletakkan anak patung diatas sofa. Tetapi apabila pulang, dia terpaksa mencarinya di biliknya, diatas katil dengan pintu yang tertutup rapi.
Pada suatu malam, Donna pulang dari tempat kerja dan mencari patung Annabelle. Ternyata tiada! Malah Donna menjumpai patung tersebut diatas katilnya.
Donna mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu. Rasa takut menyelubungi diri Donna ketika itu. Ketika memeriksa patung tersebut Donna mendapati terdapat kesan seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan patung itu sendiri dibelakang tangan dan dada. Setelah merasa terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar.
Tidak lama kemudian, penyiasat terkenal telah menghubungi mereka dan Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins. Annabelle ialah seorang gadis muda yang tinggal di sebuah kawasan sebelum pangsapuri dibina. Annabelle berusia 7 tahun semasa mayatnya dijumpai dalam pangsapuri tersebut. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke dalam anak patung itu.
Anak patung tersebut dikatakan berpuaka. Roh budak yang mati dibunuh telah melekat pada anak patung tersebut sehingga membunuh seorang daripada rakan Donna dan Angie.
Sehingga kini, anak patung Annabelle disimpan rapi dan tidak boleh dikeluarkan atau disentuh oleh sesiapapun walaupun kotak tempat simpanannya.
ARTEMIS lagenda Dewa Purba Greece
ARTEMIS, GODDESS OF HUNT, FOREST,MOON AND HILLS
Artemis adalah dewa memburu, hutan, bulan dan gunung/bukit dalam Greek/Turkish Mitologi. Mengikut dalam kisah-kisah Mitologi, Artemis adalah dewa yang tidak kahwin dan anak dara. Simbolnya ialah seekor rusa dan bulan sabit. Artemis adalah adik kembar Apollo dan ia adalah salah satu dewa yang kuat dan pantas jika ia berperang, ini terbukti dalam kisah Perang Trojan.
Ibu bapa Artemis ialah Dewa Zeus dan Leto dan abangnya ialah Apollo, kembar tidak seiras. Ada pendapat menyatakan bahawa Apollo yang lahir dulu baru Artemis, tetapi ada yang berpendapat Artemis lahir dulu baru Apollo. tetapi majoriti kajian Mitologi bersetuju bahawa Apollo adalah abang dan Artemis adalah adik. Semasa kecil, Zeus melihat kehebatan dan sifat agresif Artemis yang jenis mempertahankan abangnya yang agak lembut jiwanya berbanding dengan Artemis. Mengikut Mitlogi, Artemis dan Apollo diturunkan ke bumi untuk mengelak dari dibunuh oleh Hera, isteri pertama Zeus yang cemburu dengan kembar tersebut selepas mendapat ramalan bahawa kembar ini boleh mengalahkan dewa lain untuk membina era baru (Which is never happened kerana kisah mitologi Greek purba terhenti selepas jatuhnya Tamadun Greek Purba. Jadi tiada siapa tahu apa jadi selepasnya)
Balik pada kisah Artemis, ia mempunyai kelebihan untuk memanah, sama seperti abangnya Apollo dan mereka akan berlatih memanah dan menunjukkan siapa lebih hebat dan cekap sasarannya. Walaupun mereka berdua mempunyai minat memanah, tetapi mereka mempunyai minat tersendiri, Artemis suka tinggal di dalam hutan dan kawasan bukit dan menjinakkan binatang-binatang buas di dalam hutan sedangkan Apollo lebih kepada seni dan muzik. Artemis adalah salah satu dewa yang tidak berkahwin dan masih dara. Ia pernah bercinta dengan Orion, Dewa memburu tetapi di bunuh oleh Gaia, musuhnya. Ia tidka sempat berkahwin dengan Orion. Dalam berberapa buku Mitologi, beliau hampir dirogol oleh Alpheus, Dewa sungai, tetapi kebijaksanaan Artemis dengan menggunakan lumpur sungai dan meletakkan ke mukanya untuk kelihatan buruk membuatkan Alpheus tidak merogolnya .Bouphagos, salah satu Titan, ingin membunuh Artemis kerana membalas dendam dengan keluarga Zeus, tetapi Artemis dengan mudah mengalahkan ia di Gunung Pholoe.
Dalam perang Trojan, Artemis mempertahankan Troy kerana abangnya, Apolllo juga adalah salah seorang rakyat Troy. Dalam perang Trojan tersebut, Artemis bertemu dengan Hera, isteri pertama Zeus dan mereka berlawan. Artemis tidak dapat mengalahkan Hera dan hampir dibunuh oleh Hera dan ibu Artemis, Leto sampai menyelamatkan Artemis. Leto berlawan dengan Hera dan Hera kalah. Hera melarikan diri dan perang Trojan tamat. Selepas tamatnya perang Trojan, Artemis mengambil keputusan untuk tinggal di dalam hutan dan sehingga sekarang, ia masih berlegar di dalam hutan somewhere di dalam dunia ini. Tiada siapa tahu di manakah ia.
THE CONJURE CHEST
150 tahun yang lalu, seorang bangsawan bernama Jacob Cooley menyuruh salah seorang hambanya, Hosea (berbangsa African-American) untuk mengukir sebuah kotak Muzik untuk anaknya yang bakal lahir dalam masa berberapa bulan. Jadi Hosea membuat kotak tersebut dan siap. Tetapi tidak dipastikan apa sebabnya, Jacob Cooley tidak suka dengan kotak tersebut lalu membelasah Hosea sampai mati.
Disebabkan itu, hamba-hamba Cooley yang lain membalas dendam dengan membuat ilmu sihir dengan menyembelih burung hantu dan darah ia mengalir di atas dan di dalam kotak lalu kotak itu menjadi "Curse" dan hantu itu dikenali sebagai "The Conjure Ghost" (Conjure bermaksud sesuatu yang muncul secara tiba-tiba atau sesuatu fenomena terjadi tanpa diduga. Contoh ayat: A Magician Conjure his cigarette out of the air bermakna si ahli silap mata tiba-tiba membuatkan putung rokok terbang ke udara. Lebih kurang macam tu la).
Fair enough, sepanjang kotak itu disembunyikan dalam rumahi, banyak kejadian pelik berlaku dengan keluarga Jacob Cooley, salah satu kes, anak pertamanya meninggal dunia, secara tiba-tiba seminit selepas di lahirkan, saudara mara Cooley secara tiba-tiba membunuh sesama sendiri dan Jacob Cooley membunuh diri dengan terjun dari sebuah jambatan. Rumah Jacob Cooley dibiarkan terbengkalai sehingga 20 tahun kemudian apabila salah seorang kontraktor menjumpai kotak ini tersembunyi di bilik bawah tanah dan apabila dia membawa balik, keluarga kontraktor itu tiba-tiba menjadi "gila" sehingga mereka membunuh sama sendiri. Sepanjang kotak itu berada dianggarkan hampir 60 orang mati disebabkan sumpahan kotak itu dan kesemuanya mati dengan keadaan paling tragik. Tetapi pada awal 1920-an, kotak ini "disembuhkan" oleh pawang dan disimpan dalam Muzium Sejarah Kentucky di Frankfort, Kentucky dan ia masih ada disitu sehingga kini.
Walaupun ia masih di dalam muzium, terdapat banyak laporan-laporan pengunjung menyatakan mereka terdengar bunyi pekikan di dalam kotak tersebut dan ada yang menyatakan, mereka ternampak kotak itu bergetar seperti ada sesuatu terkurung di dalam kotak tersebut. Kemungkinan "The conjure ghost" masih ada di dalam itu, hauskan darah manusia!
PS: Anda pernah tonton filem Sinister 1 dan 2? Filem itu sebenarnya di adaptasi dari kisah kotak misteri ini dan di editkan sedikit ceritanya. Bukankah Filem itu menunjukkan mereka menemui kotak Filem dan apabila mereka tengok, kesemuanya mati kecuali seorang dari keluarga yang mati itu di culik oleh hantu Bughuul.
Athena Dewa Purba Greece
ATHENA, GODDESS OF INTELLIGENCE, STRATEGY, WISDOM AND CRAFTS
Athena adalah salah satu dari dewa dalam Greek/Turkish/Roman Mythology iaitu dewa Kepandaian, strategi dan kraftangan. Athena adalah salah satu dewa yang terkenal dalam Mitologi Greek kerana selain ia kuat, ia juga agak unik jika dibandingkan dengan dewa-dewa Greek Mitologi yang lain.
Mengikut dalam sejarah Mitologi, Athena bukan nama sebenarnya, namanya ialah Knossos. Di lahirkan sebagai manusia biasa di bandar Athens. Di sebabkan kecantikan dan kepandaiannya dalam kraf tangan dan berlawan dengan makhluk-makhluk buas, Zeus mengambilnya sebagai anak angkat dan menjadikan ia salah satu dewa. Zeus menukar namanya kepada Athena kerana Athena bermaksud "Wanita Athens" kerana kekuatannya yang setanding dengan Dewa Ares.
Ada satu kisah, Athena "Sparring" dengan Ares, Dewa perang, tetapi dengan kepandaian ia membaca gerakan Ares, ia berjaya menjatuhkan Ares dan mengacu lembingnya di leher Ares. Ares menyerah kalah. peristiwa itu mengejutkan ramai dewa yang lain kerana Ares adalah dewa yang tidak pernah kalah dalam perlawanan dan Athena adalah dewa yang pertama melakukan sedemikian. Selain itu juga, mengikut kisah mitologi, Athena adalah seorang wanita yang cantik, lebih cantik atau setanding dari Dewa Aphrodite. Aphrodite amat cemburu dengan ia tetapi tidak mahu berlawan atau menunjukkan perasaan cemburunya kerana ia tahu yang Athena amat kuat.
Ia juga menjadi "pakar strategist" dalam perang dan menetapkan tatik kepada askar-askar pimpinan Ares. Semenjak itu, Ares dan Athena bekerja sama sebagai satu pasukan perang yang hebat, Ares mengetuai perang dan Athena mengetuai bahagian strategi. Athena juga rajin turun ke bumi untuk membantu manusia dalam seni kraf tangan dan juga kepandaian. Malangnya, kisah Athena ini tergantung kerana selepas kejatuhan Tamadun Greek Purba, penulis atau saksi mati atau hilang dan disebabkan itu manuskrip tentang nya hanya cerita setakat itu sahaja. Kisah apa jadi dengan Athena menjadi misteri sehingga kini.
10 fakta mengenai Al Quran
1. Surah An-Naml adalah satu-satunya Surah yang dinyatakan "Bismillahirahmannirahim" sebanyak 2 kali. Satu pada permulaan surah dan ayat ke-30
2. Ayat terpendek dalam Al-Quran ialah di Surah Ar-Rahman ayat 64.
3. Hanya dua ayat dalam seluruh al-Quran, ayatnya mengguakan semua huruf-huruf arab, iaitu Surah Al-Imran ayat 154 dan Surah Al-Fath ayat 29
4. Surah As-Syams adalah surah di mana Allah Menerangkan tentang kekuasaanNya dan bersumpah bahawa Allah itu wujud. Allah bersumpah sebanyak 10 ayat dalam Surah ini menunjukkan ia adalah Surah paling terbanyak sumpah dari Allah tentang kewujudanNya.
5. Perkataan Rajul (lelaki) dan Imraah (wanita) di sebutkan dalam Al-Quran sebanyak 23 kali. sama rata, tidak lebih, tidak kurang. menujukkan bahwa lelaki dan wanita adalah sama dan tidak ada konsep "first and third class citizen"
6. Perkataan "Dunia" dan "Akhirat" juga di sebut dengan jumlah bilangan yang sama iaitu 115 kali. Menunjukkan bahawa Manusia perlu mementingkan dunia dan Akhirat
7. Perkataan hari (Yanm) di sebut 365 kali, perkataan hari-hari (ayanm) disebut 30 kali dan perkataan bulan (Shahar) disebut 12 kali dalam Al-Quran. Menunjukkan Kalender dan putaran bumi.
8. Perkataan "Solat" dalam Al-Quran di sebut 5 kali.
9. Huruf Alif paling banyak digunakan dalam Al-Quran
10. Huruf Zal paling kurang digunakan dalam Al-Quran
Misteri KNYAZHA ANASTASIYA NIKOLAEVNA
MISTERI KNYAZHA ANASTASIYA NIKOLAEVNA
Pengakhiran Dinasti Romanov mencetuskan refleksi kepada kekejaman kepada rakyat, tetapi ada juga insan-insan yang langsung tidak bersalah turut terbunuh dalam percaturan politik yang bahaya. Puteri Anastasiya Nikolaevna tidak mempunyai apa-apa dosa kepada rakyat Rusia, selain daripada dilahirkan dalam keluarga diraja. Dan kerana itulah baginda dibunuh dengan tembakan atau tikaman. Anastasiya juga mungkin merupakan salah seorang yang dihentam di bahagian belakang kepalanya.
Walau apa juga cara kematian baginda, insan 17 tahun ini tidak mati begitu sahaja. Kematiannya digelumangi misteri yang tidak diselesaikan sehingga tahun 2007 – hampir 90 tahun selepas pembunuhannya.
Puteri Anastasiya dilahirkan pada tahun 1901 dan merupakan kekecewaan kepada Tsar Nikolai II Romanov kerana baginda mahukan anak lelaki yang akan mewarisi takhta Rusia. Namanya membawa maksud “pembuka penjara”, sebagai tanda Tsar Nikolai II memaafkan pelajar-pelajar yang dipenjara kerana menyertai mogok di Saint Petersburg dan Moscow.
Puteri Anastasiya kadang-kadang digelar “Anastasie” atau “Nastya”, “Nastas” atau “Nastenka”. Baginda juga pernah dipanggil dengan nama manja, “Malenkaya” (si kecil) kerana baginda amat riang, kecil, tembam bermata biru dan berambut perang strawberi. Baginda digambarkan sebagai anak kecil yang indah.
Tetapi baginda juga ada satu lagi nama manja “shvibzik” (budak nakal). Walaupun berbakat dan bijak, baginda tidak pernah ikut peraturan sekolah, dan baginda pandai berdrama dengan kenakalan. Memang sudah jadi perkara yang biasa budak bijak tetapi nakal ini menyelitkan kaki pekerja-pekerjanya dan bergurau (prank) dengan guru-gurunya. Nastya juga pernah membaluti batu dengan salji dan membalingnya kepada Puteri Tatyana sehingga kakaknya terjatuh.
Dan Nastya tidak kisahkan penampilannya berbanding kakak-kakaknya. Baginda pernah membaham coklat tanpa membuka sarung tangan operanya yang berwarna putih. Dan Nastya sangat rapat dengan kakaknya, Mariya – kongsikan bilik, tukar-tukar pakaian dan sentiasa luangkan masa bersama. Keempat-empat puteri ini kadang menandatangani surat dengan perkataan OTMA (huruf pertama nama-nama mereka).
Sama dengan kakak-kakaknya, Puteri Anastasiya dibesarkan tanpa kemudahan diraja. Mereka tidur diatas katil keras tanpa bantal, kecuali apabila mereka tidak sihat. Mereka mandi dengan air sejuk pada waktu pagi. Mereka dikerahkan agar kamar-kamar sentiasa kemas dan rapi. Dan mereka juga perlu menjahit.
Nastya juga mempunyai masalah tulang kedua-dua ibu jari kaki (penyakit bunion) dan otot belakang lemah yang perlu diurut dua kali seminggu. Nastya akan sembunyi dibawah katil dan di dalam almari untuk elakkan sesi urutan. Keluarga Romanov memang mempunyai genetik yang kurang sihat, seperti kakaknya yang pernah berdarah terlalu teruk semasa pembedahan tonsil dan adik lelakinya Alexey yang mempunyai hemophilia.
Semua ini tamat selepas Tsar Nikolai II menghancurkan ekonomi negara yang menyebabkan kejatuhannya. Sifat Nastya yang periang tidak dapat selamatkannya, kerana percaturan politik. Kematiannya mengundang laporan-laporan palsu bahawa baginda terselamat.
Dalam beberapa tahun selepas keluarga Romanov dibunuh, spekulasi mula timbul bahawa Nastya dan Alexey terselamat. Lebih kurang 10 wanita mengaku diri mereka sebagai Nastya. Ura-ura Anastasiya Romanov masih lagi selamat membuatkan pihak berkuasa Bolshevik mula menyiasat di kereta api dan rumah.
“Kehilangan” Anastasiya telah mencetuskan inspirasi yang banyak dalam buku-buku dan juga filem Anastasia yang memenangi hadiah Oscar.
Sekitar zaman 1970-an, ahli arkeologi amatur, Alexander Avdonin, menemui kubur yang mengandungi rangka enam orang dewasa dan tiga kanak-kanak. Alexander Avdonin tidak mendedahkan penemuan ini sehinggalah Kesatuan Soviet dipecahkan dan pada tahun 1998, rangka-rangka ini dipindahkan dan disahihkan sebagai Tsar Nikolai II dan keluarganya, tetapi kekurangan salah seorang puterinya dan puteranya.
Nastya dan Alexey masih lagi tidak ditemui. Tetapi rangka keluarga Romanov dipindah ke Gereja Saint Peter dan Paul di Saint Petersburg dalam majlis yang disertai Presiden Boris Yeltsin yang mengatakan, “hari ini adalah hari yang bersejarah buat Rusia. Bertahun-tahun lamanya, jenayah terbesar ini didiamkan, dan akhirnya kebenaran telah disuarakan.”
Nastya dan Alexey akhirnya ditemui pada tahun 2007, tetapi itupun masih belum dimuktamadkan sama ada rangka yang ditemui itu benar-benar Anastasiya ataupun Mariya. Kekeliruan ini hanyalah untuk memuktamadkan yang mana satu Mariya dan Nastya yang riang dan nakal, tetapi apa yang sudah pasti, kesemua keluarga Romanov telah ditemui selepas 90 tahun pembunuhan mereka.